Thursday, December 23, 2004
Chapter 13 - The One With The Running Nose
Aku plan nak gi Cyberjaya last Tuesday, tapi x kesampaian sebab selsema. Nak gi hantar CD anime as well as pinjam apa2 cerita yang dia ada. Aku bukannya tau camne nak gi Cyber dari Shah Alam. Aku tanya membe aku yang tinggal kat Putrajaya pon dia x tau camne nak explain. Katanya, masuk highway kat Batu Tiga, cari sign board Putrajaya/Cyberjaya, then kalau nanti lalu highway yang jauh mata memandang maka betul lah jalan tu. Itu la kalau orang laki yang explain. Straight to the point habis. Langsung xde elaboration. Kalau pompuan lak, they won't try to miss a single detail pon. Jumpa traffic light tu, sign board ni, flyover tu, pasu bunga ni, even kalau diorang tau berapa bilangan tiang lampu sepanjang jalan pon diorang akan kasitau just utk si petanya ni faham. Hmm...cenggini lagi senang kalau aku gerak dari gombak je. Masuk MRR2 pastu masuk bila nampak sign board Cyber/Putra.
Btw, my brother's wedding Ahad ni. Sesape yang nak datang, sila2kanla datang. Chow
Saturday, December 18, 2004
Chapter 12 - The Brave Men Win
Monday, December 13, 2004
Chapter 11 - The Frustrated Me
I realize that I'm a short tempered guy. But the thing is, I never channel it rightly. Define "channel it rightly". Biasanya, kalau seseorang dah panas giler, dia akan samaada menggunakan kekerasan fizikal ataupun kekerasan suaranya (maki hamun + carut-carutan) untuk meredakan kepanasannya. Tapi aku biasanya simpan je. Aku akan jadi diam sangat2 which mean, I tend not to show it. Sometimes, ada split second nyer action mcm nak hayun penumbuk ke (but of course x tumbuk la). Ada lak, aku jerit kuat2 dalam kereta. Jenis jerit sampai nak keluar anak tekak. Like yesterday, I was pissed by my fella bballer fren. He was makin fun of me and do things that I'm not quite comfy bout it. Aku marah sangat sampai aku yang ceria ni jadi pendiam sangat. Then there was the split second action follow through. Agaknye dia dah sedar trus dia mintak maaf. Aku lak bukan jenis suka bermasam muka lama2. Although masih sakit hati, tapi seminggu-dua nanti ok la. Hmmm...aku crite nih mcm cerita budak kecik lak. Tapi kat sape lagi aku nak cerita....
Aiseh, minah depan meja aku nih muka cam anding la. Dengar slang cam dari Sabah/Sarawak. Ntah2 adik dia kot. Hehehehe.... Tapi cun jugak. Not exactly cam anding la, tapi ada la rupa sket2. Nampaknya sume org dalam lab nih dah abih buat test tu dan sebok surf intenet. Ala...waktu lecturer tgh mengajar pon kitorang diam2 surf internet. Kata dah ada PC depan mata, free internet lak tu... sape xnak. tapi sayangnya, aku x leh nak bukak torrent site dan MiRC. Memang admin dah configure block mende2 nih kot. Takut sangat kitorang d/load mende bukan2.
Ah, lecturer aku officially menamatkan sesi test ni dan kata bleh balik walaupon ada 30 min lagi. Pe lagi, chow a...
Thursday, December 09, 2004
Chapter 10 - The White Flamingo
By the way, I read this minutes ago from Yahoo;
" PARIS (Reuters) - France will start enrolling future Muslim prayer leaders into secular universities next autumn to teach them the law, civics and history they need to integrate, Interior Minister Dominique de Villepin said in an interview.
Paris will also offer continuing education to current imams, 75 percent of whom are not French citizens, he told the daily Le Parisien in the interview published on Tuesday. One-third of the 1,200 imams in France do not speak French, he said.
"This is not acceptable -- we should have French imams in France who speak French," he said.
Most of France's 5 million Muslims are of North African origin and many imams come directly from Arab countries to preach in France.
Promoting moderate Islam through education has emerged as a key issue in several European countries following the murder last month of Dutch filmmaker Theo van Gogh by a Moroccan-Dutch Muslim outraged by his frank criticism of Islam. "
Wednesday, December 01, 2004
Chapter 9 - The Missing One
Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
*ulang Korus
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping
Di setiap corong lorong yang lohong
Benar... ku tak bohong
Bila hati menyanyi
*ulang Korus
U guys must be wandered apsal aku letak lirik lagu jiwang nih. Actually, aku mmg suka dgn lagu nih although dah lama keluar. Cuma x pernah dengar kat radio je. Then, start aku dengar XFresh, diorang slalu pasang lagu nih. Kira masih baru kat telinga aku la lagu ni. By the way, aku salute la kat XFresh, coz I found that only 10% of songs they aired are International. The rest are made in M'sia. Mostly dari band2 Independence kat M'sia dan kumpulan2 yg tengah membina nama dalam bidang seni suara kat M'sia. CAYALAH....
OKla... I'm looking forward to the FA Final this coming weekend. Kedah ngan Perlis. Hijau kuning ngan singa utara. Ceh, nama xnak kalah.... Harap TV tunjuk live ke hape, kalau x memang hampeh la diorang. If media xnak support, sape lagi kan? Aku pon tertanya2, mana company2 besar kat M'sia nih utk menaja pasukan bolasepak kat M'sia? Kalau xkan kerna Dunhill, x tgk la bola M'sia walaupun persembahan diorang setiap minggu boleh dikatakan hambar memanjang. But, I do believe someday bolasepak M'sia akan capai kegemilangannya (kalau aku jadik coach la). Huhuhuhu...
Lagi satu, Man U -vs- Arsenal. Pagi sok. Aku cakap Man U, 2 - 1.... Hehehe, x kesah la apapon resultnyer janji Man U menang. Kay la, chow.
Tuesday, November 23, 2004
Chapter 8 - The Last Minute Guy
Hmmm... adeh! rite now, aku tengah confuse + stress sket memikirkan pasal pendaftaran aku. Kelas aku start 29th Nov; which in few days to come. Aku baru bayar yuran dia pagi tadi. Mende tu dah dapat sebelum final exam lagi, tapi baru hari ni nak bayar. Due date dia esok-lusa. Kira last minute la aku buat ni. Daftar subjek pon aku buat last minute. Kesannya, ada paper yang aku x leh amik sebab kelas dah penuh cam paper 3rd Language. Dah la subjek tu makan sampai 3 sem. Maknanya, minimum aku leh abis study aku dalam setahun 1/2 lagi sedangkan kawan2 aku leh abis dalam setahun. T_T ........
Kayla.... taknak pening2. Memandangkan yuran dah setel, tunggu diorang update kat i-Student je la. Then aku leh daftar online. Huhuhuhu.... Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat masuk kelas balik kat member2 sekalian, especially kat sorang member aku yang dah 4 tahun x masuk kelas. Bukan ponteng ke hape... tolong business bapak dia. Camne la rupanya bila dia start study balik. Dah macam2 aku dan kengkawan aku bayangkan.... Contohnya, bawak lunch box ke kelas. Pastu pakai beg galas kaler2. Muahahaha.... Cam masuk tadika la plak.... Dah la, puas kitorang sakat dia. Sian lak. Papehalpon, all the best dan ingat orang yang tersayang. Huhuhu....
Saturday, November 13, 2004
Chapter 7 - The Day When Nobody's Going To Fast
Aku malas nak taip banyak... Tengah ngantuk akibat kekenyangan makan rendang daging untuk esok punye. Kira sneak preview la ni. Not bad la walaupon beli nyer but I'm pretty sure that this year punya much more 'umph' than last year. Pesan pada member2 dan diri aku sendiri sempena esok Raya.... makan jangan bernafsu. Huhuuhu.....
OK la.... Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Selamat menyambut Raya dengan selamat. Ni aku post pantun yang member aku hantar SMS kat aku:
Daun kemboja tumbuh melata,
Mekar mewangi dihalaman bonda,
Berayalah ke rumah jiran tetangga,
Manalah tau mereka ada anak dara.
Huhuhuhu....
Friday, November 12, 2004
Chapter 6 - The Player Of The month
Adeh! Result xm aku dah kuar smlm. X seperti yang aku harapkan. So, agak frust sket. Tapi itula risiko bila amik sikit paper. You either score giler ataupon flunk. In my case.... hampir2 flunk. Hehehehe (ceh, sempat gelak lagi). I've got 1 "C" for my core paper. My father didn't say much, which I'm soooo relieved. Takut kena fire ngan bapak woooo. Anyway rite now, tgh tunggu jawapan hostel lak. Leceh betol la nak buat rayuan kalau x dapat, so aku sangat2 la harap dapat walaupon participation dalam college's activities aku kurang sket last semester. Heck! Aku cuma gi skali dua je. Itupon masa AF2 datang. Hahahaha.... But that's how they evaluate us and determine whether we're going to stay or not for next sem. Siap kena sign surat "Aku Janji" lagi masa mula2 daftar tu. Payah betol la nak berjanji bende yang aku kurang minat nak buat cam ikut activiti kolej, to do that and do this.... sebab in the end, aku x dapat nak tunaikan janji2 tu sepenuhnya and that makes me a man of a broken promises. Huhuhu..... Tapi apa nak buat... Mcm Donald Trump kata dalam The Apprentice; either you hit the suite or the street. Although it's not the suite that I expected, but hey, I need a place to stay. Plus, duduk kat dalam nih banyak kelebihannya, contohnye boley klua gi kelas lambat sket, dekat ngan library, dekat ngan kelas, murah dan bleh jumpa byk member. Tapi kadang2 tuang kelas gak. Hehehehe.....
Tuesday, November 09, 2004
Chapter 5 - The Untold Tale Of The Tall
~yawn~ ngantuknyer.... Especially lepas berbuka pose. Dapat minum air manis berteguk2, mula la badan rasa berat. Pastu mula rasa malas nak gi terawikh.... But my mom quite strict bout this. Dia selalu pesan suruh gi terawikh. Selalunye aku gi la.... tapi ada gak hari2 yang aku kecundang. hahahaha...
Weird... up until 3rd quarter of Ramadhan, aku dan member2 aktif gak gi main C&C General:Zero Hour, tapi skarang ni macam dah menyepi je. Sebelum nih boleh kata setiap malam la tercongok kat CC tu, tapi skrang nih mcm 2-3 hari sekali je.. Ada gak diorang ajak aku 2-3 mlm lepas tapi aku tolak sbb nak lepak umah...takkan merajuk kot? hmmm....nah, they're too old for that.... Oh ye, pejam-celik pejam-celik tinggal 5 hari lagi nak raya. Korang dah beli ke baju raya, kasut raya, seluar raya, underwear raya, stokin raya? Huhuhu....Aku?....Ntah la. Semangat raya aku makin lama makin susut. Kalau bandingkan 5-6 thn lepas, feel raya tu dah lain. Aku x se'hype' masa aku kecik2. Dulu2, aku ingat kalau malam raya, mesti x dapat tidur sebab xcited sangat nak sambut raya. Preparation pon mesti nak complete, dari atas sampai bawah. Now, aku rasa raya ni mcm hari2 biasa je. Cuma bezanya, sedara mara dan jiran tetangga datang melawat, pastu ada la budak2 yg x kenal datang umah mintak duit raya, then rancangan TV yg bertemakan raya dari pagi sampai ke malam. Ingat lagi, dulu kalau raya je mesti TV tunjuk rancangan sarkas. X kira la apa raya pon, mesti ada sarkas. Skrg nih dah xde ek...
The picture I post above is the cover for the new THQ's WWE game. Aku mmg bagi standing ovation la kat THQ. Diorang buat game WWE sejak dari PSone lagi. Time tu bagi aku grafik mmg dah cukup dewa. X silap aku, 1st game diorang WWF Smackdown! then followed by WWF Smackdown! Know Your Role. Both games are for PSone. Untuk PS2, WWE Smackdown! Shut Your Mouth then kluar lak WWE Smackdown! Here Comes the Pain then barulah klua this one, WWE Smackdown vs Raw. Aku cukup layan game WWE nih. Skang ni aku tengah main season dia guna watak yang aku cipta sendiri dan pakai nama sendiri (apai). Orgnye aku cipta mestila tough dan ganas...takkan nak buat chubby mcm aku kot... Tapi yg x best nyer (mesti ada tapi gak...), season dia pendek sangat. Although the attribute can be carried forward, jalan cerita dia ulang balik bila season dah abih. Except kalau aku tukar2 skrip yang dia kasi la... Actually, byk yang dah enhanced daripada siri2 yang seblom nih. Kalu nak tau kena main sendiri la... By da way, aku mmg kipas-susah-mati ngan wrestling nih. Cuma sejak habis high school, dah kurang sket. My all-time favourite is Stone Cold Steve Austin. Bagi aku, dia mmg superb although dia dah x bergusti lagi. Aku ingat lagi masa form 1 sampai form 3, abis skolah je aku ngan member sekelas lepak kat umah kawan aku. Parent dia keje, so dia tinggal sorang je kat umah. Kitorang jadikan umah dia sbg port tmpt letak beskal la, tempat berjumpa sblom gi mana2 dan salah satunya, tmpt kitorang layan wrestling. Dia ngan bapak dia kaki wrestling, so mesti ada punya la tape wrestling kat umah dia. Then bila masuk asrama, masa nak dkt2 akhir tahun tu slalu fly seberang jalan time mlm2 sbb nak layan wrestling. Mula2 tu 2-3 org je, pastu sedar x sedar dah penuh kedai tu ngan kitorang je. Heheheh.... Dalam kelas lak ada kaki wrestling cam aku, mmg kalau bosan2 waktu prep tu bergusti la kitorang dalam kelas. Masing2 ada killer finisher tersendiri. Hahaha... Senyum sengsorang lak aku bila ingat balik crite2 tu. Skang ni member aku yg study kat UK kalau WWE datang sana je mesti nak gi tgk. Last time dia pergi dalam 4 bln lepas. Just before diorang nyer break. Sanggup balik M'sia lmbt sbb nak layan PPV. Dia kata tiket tu mahal, tapi puas hati la... Nyesal lak aku x pegi diorang nyer show masa diorang datang M'sia dulu. Bukan apa, x de member nak gi sama. Bila lagi diorang nak datang pon aku x tau...
Thanx to ==/\/== for your comments. Aku cuba carik html code for chatbox. Actually dah jumpa, tapi blom explore lagi.
Saturday, November 06, 2004
Chapter 4 - The True Color Of His Act
~sigh~…. Yesterday, result of democracy in US had favored to G. W. Bush. Actually, I’m not into both candidates. One is pro-yahudi and the other one is war-maniac. Seperti report dlm paper, sape menang pon x mengubah apa2. Kedua2nya pon akan mendatangkan masalah nanti. Namun punca kemenangan Bush sbb media dan pemikiran msykt US sendiri. Rumah putih dah issued few warnings regarding the dangerous that they will face (terrorist act in particular) and therefore, they choose to stick with their war-president. In simple words, by promoting fear dengan menggembar-gemburkan through media, diorang dapat pegang vote. hmm.... Other factors were the moral value including gay marriage dan pemilikan senjata. Those people just being paranoid and phobia… Malas ah nak cakap, Cuma diorang nyer election this year bleh tahan la hyped. Aku perasan dalam paper 1-2 minggu lepas, ada gambar Paris Hilton pakai T “Vote or Die”. Reason is, to remind US citizen to vote. The funny thing is, she didn’t even register to vote. Hampeh betul la pewaris Hilton nih. Aku ada gak tengok cerita dia ngan Nicole Richie , ‘Simple Life’. Kononnya nak prove yang diorang ni bleh hidup simple sambil ringan2 tangan tolong family angkat, tapi super hampeh. Bukan saje berat tangan malah menyusahkan orang sekeliling. I don’t know whether they’re purposely act childish or mischievously or they just being themselves just like any typical anak orang kaya kat Europe sana. Tak caya tengok cerita lepas tu kat Astro (Thursday, channel 70, 9.30 pm), ‘Young, posh and loaded’. Yer rite, loaded with crap!
Few days ago keluar cerita pasal 2 beranak yang mati dilangar keretapi sewaktu tangah cakap tepon. Kenapa dia cakap tepon kat atas landasan keretapi? Sebab kat Machang cuma di atas landasan keretapi, atas pokok ngan atas bukit je yang clear reception handphone. We were questioning, why Telcos (Company yang dapat tender buat pencawang) x pasang pencawang kat kawasan2 pedalaman. Sebab x economical ke? Therefore, untuk mengatasi masalah mcm ni, especially after what had happened, starting next year banyak lesen akan dikeluarkan kpd sykt2 telekomunikasi utk membuat pencawang sendiri di negeri masing2; meliputi kawasan berbukit, hutan, bandar dan luar bandar. Cam biasa, sebaik saje satu2 tragedi berlaku barulah pihak berkuasa mula bukak mata. That’s how most things work in M’sia. Sad but true.
Wednesday, November 03, 2004
Chapter 3 - The Untouched Cloud
“Kita mampu….. Marilah kita 7 sekeluarga…. Bla…bla…bla….. Encik sudah cakap banyak, ni saya kasi air kotak….. Soya bean takdak ka?”. Hehehe, korang mesti ingat aku merapu ntah apa kan…. Sebenarnya, tu keratan iklan Toyota Avanza yang tengah tunjuk kat TV skarang. Somehow, aku x berapa suka tgk iklan tu, menyampah pon ada. Tapi nak cakap pasal kereta tu, a unit of Toyota Avanza is cost not more than RM 63k (1.3 Auto in Peninsular Malaysia). Yerp. U heard me right… For me, it’s quite cheap for a MPV. Aku baru tau yang Toyota ‘manufacture’kan kereta tu kat kilang kereta Perodua. . What makes it cheap is the fact that they’re using Perodua’s spare-part. No wonder la… Cousin aku sedap2 je cakap yang Toyota nak takeover Perodua (ye ke…?). Aku rasa dia silap dengar tu kot. So, I asked my brother, “Kalau camtu, senang remuk la Avanza tu karang cam Kancil” (no offense, mmg betul pon. I’ve experienced it myself couple of times). Abang aku cakap maybe spare-part je Perodua nyer, body pakai Toyota nyer. OK gak la kalau camtu. The price is said as affordable, tapi mampu ke aku nak beli? Huhuhuhu……
Mention about advertisement, aku teringat iklan kat radio Era. Not any regular product or brand ad, tapi iklan pasal kesedaran masyarakat terutamanya kepada pemandu2 kereta kat M’sia ni. Apa yang terkandung dalam iklan tu, seolah2nya ada mamat tu tengah meluahkan rasa panasnya sebab the other driver x angkat tangan kat dia lepas dia kasi driver tu overtake. I’m bit curious, takkan mende tu pon nak kena ajar, rite? Kita kena paham2 sendiri la… It’s sad to think how concern-less SOME M’sian drivers are. Well, M’sians are sensitive. Things such as being respect and being acknowledge adalah sangat penting. We want to feel appreciated by doing something good, contohnya cam berhentikan kenderaan utk kasi org lain jalan then org tu senyum dan angkat tangan kat kita. Kan best camtu. For me, in order to get that, we first need to give some of those. Maybe there was time yang kita lupa bende2 macam ni sebab leka ngan bende lain. That’s one of the reasons why those kinds of advertisement were aired. Untuk sering mengingatkan kita agar menjadi lebih prihatin.
Tuesday, November 02, 2004
Chapter 2 - The Agitate Shadow
Semalam lak gi temankan mak aku ke Jalan Masjid India. Walaupun demam, sanggup gak ikut… anak yang baik katakan. Anyway, the first word that came out of my mouth was, “Wow”. Banyak giler yang berubah. Sebab dah lama x pegi sana, in fact, the last time aku gi sana pon masa Ramadhan tahun lepas. Kemeriahannye still sama. Tempat pon dah cantik sket. Dulu kat Jalan Masjid India, bersepah taik burung sampai nak jalan pon geli. Tapi skarang dah xde lagi sebab DBKL dah letak bumbung canopy mcm kat Petaling Street tu. Peniaga yg kat depan masjid tu pon nampak dah organize sket. I think DBKL did a great job by providing them rak2 utk meniaga. X de la peniaga2 yang ‘overspace’kan perniagaan diorang. Senang skit orang nak lalu-lalang. Another thing, member aku cakap awek sana cun-cun belaka sampai dia dah naik seronok follow member aku gi sana. Aku tengok kebanyakkan diorang ni cam datang dari pantai timur. Cik mek molek yang mmg molek dipandang tapi kureng molek didengar. Sebab bila dengar diorang speaking Kelantanese sesame diorang, mmg sepatah dua je yang aku tangkap, yang lain haram x paham. Hahaha…. Satu lagi yang aku perasan, mamat2 peniaga yang x pose (bukan semua ek). I was watching this fella and I noticed yang dia nih tunduk lain mcm je. Aku ingatkan sakit perut ke hape, rupa2nye tgh layan air tin. Hampeh betul. Aku ada baca kat blog member aku yg dia dah x heran tengok mamat2 cam nih kena cekup sebab x pose. Aku pikir esok lusa kena la tu kot…. Ah! aku lupa lak nak tanya member aku kat mana gerai mak dia. Mak dia meniaga brooch kat situ. Dia promote yg brooch mak dia cantik2. Mmg betul pon sebab aku pernah kutip 1 brooch yang worker mak dia tercicir kat depan umah dia. Aku pon dah x ingat kat mana aku letak mende alah tu. Cantik mmg cantik, tapi bukan aku boleh pakai pon…
Anyway, to my sis…. がんばって ください! ( Ganbatte Kudasai! @ good luck!)
Thursday, October 28, 2004
Chapter 1 - The Day When Gunners Was Beaten
Finally, the game that I've been waiting for had been released yesterday. Terima kasih la kat abang aku sebab belikan game ni untuk aku. Sebab dia tau yang aku memang tengah tunggu game ni. Berapa kali ntah aku turun naik Low Yat Plaza cari game ni tapi tak keluar2 jugak. Although it's release date was due on late October, tapi risau gak sebab EA memang terkenal dengan meng'delay'kan product diorang.
FYI, aku memang pengikut setia TCM sejak 3-4 tahun lepas lagi. Cover 2003, ex-coach Newcastle; Bobby Robson. Cover 2004, coach Celtic; Martin O'Neill. But why they put Jose Mourinho on this year's cover? Kenapa x letak Alex Ferguson ke, Dollah Salleh ke, Klaus Schlappner ke.... Tapi aku rasa mmg patut pon, yelah mamat nih dah bawak Porto jadik juara Champions League last year kan...
Game ni mmg lack of simplicity. For totally beginner, korang akan pening giler ngan interface dia. Even bagi aku pon, agak memeningkan. But once u got comfortable with it, surely u'll become addictive. Same thing happen to my roommate in Shah Alam. Asal free je, terpacakla dia kat depan PC melayankan AS Roma dia.
The other night, aku ngan member2 aku gi tengok Man U -vs- Arsenal kat Seri Gombak. Biasa la maple, pasang screen besar. Sampai kat atas jalan dia letak kerusi meja, tu pon x cukup lagi. Mmg ramai yang datang. Aku yang datang lewat 35 min kena la bertenggek kat tepi longkang. X pe, Man U punya pasal. Aku ngan member2 aku support Man U (campur la sorang peminat Chelsea ni). For me, the game was packed with physical challenge from both side. Couple of yellow cards was issued by ref Riley. I thought that the game will ended with draw, but the moment Campbell brought down Rooney in their penalty box, I knew that things going to change afterwards. Same thing happened when both team met last year, but this time, Nistelrooy managed to send Lehmans to the wrong side. Time tu mmg riuh giler. Semua happy except peminat Arsenal la (aku rasa brader sebelah aku tu samada peminat Arsenal @ mmg cool sebab x de expression langsung bila Man U score)... BUT Nistelrooy, I knew that he did that tackle on purpose. Although I'm their big fan, but I think he deserve at least a yellow card + few games ban. Tapi overall, mmg layan match tu. Clash of the titans as I referred it. Arsene Wenger punya la x puas hati sampai bergaduh dalam player's tunnel termasuk la adegan membaling makanan daripada Arsenal nyer changing room. Abis kuyup Ferguson dgn sup. Arsenal...Arsenal... dah la kalah, membazir lak tu.
Latest update as for now; Man U is trailing Arsenal with 8 points and 6 points behind Chelsea. Nistelrooy accepted his 3 matches ban and Arsenal now been investigate for the buffet massacre and player's fight in the tunnel. Good luck on that.
As for Arsenal, I still remember the last word I said before I headed home that night; "U aint got no 50". -GLORY-GLORY MAN UNITED!!-
Wednesday, October 27, 2004
Prologue - The Pilot
Never knew creating ur own blog was this easy. Actually, i'd noticed this blog thing quite some time ago, but it never caught my attention or made me think to have my own blogspot. Few of my friends got their own. For me, it's quite interesting.
But I realize that the real effort is in maintaining it. sigh