Tuesday, November 09, 2004

Chapter 5 - The Untold Tale Of The Tall


~yawn~ ngantuknyer.... Especially lepas berbuka pose. Dapat minum air manis berteguk2, mula la badan rasa berat. Pastu mula rasa malas nak gi terawikh.... But my mom quite strict bout this. Dia selalu pesan suruh gi terawikh. Selalunye aku gi la.... tapi ada gak hari2 yang aku kecundang. hahahaha...

Weird... up until 3rd quarter of Ramadhan, aku dan member2 aktif gak gi main C&C General:Zero Hour, tapi skarang ni macam dah menyepi je. Sebelum nih boleh kata setiap malam la tercongok kat CC tu, tapi skrang nih mcm 2-3 hari sekali je.. Ada gak diorang ajak aku 2-3 mlm lepas tapi aku tolak sbb nak lepak umah...takkan merajuk kot? hmmm....nah, they're too old for that.... Oh ye, pejam-celik pejam-celik tinggal 5 hari lagi nak raya. Korang dah beli ke baju raya, kasut raya, seluar raya, underwear raya, stokin raya? Huhuhu....Aku?....Ntah la. Semangat raya aku makin lama makin susut. Kalau bandingkan 5-6 thn lepas, feel raya tu dah lain. Aku x se'hype' masa aku kecik2. Dulu2, aku ingat kalau malam raya, mesti x dapat tidur sebab xcited sangat nak sambut raya. Preparation pon mesti nak complete, dari atas sampai bawah. Now, aku rasa raya ni mcm hari2 biasa je. Cuma bezanya, sedara mara dan jiran tetangga datang melawat, pastu ada la budak2 yg x kenal datang umah mintak duit raya, then rancangan TV yg bertemakan raya dari pagi sampai ke malam. Ingat lagi, dulu kalau raya je mesti TV tunjuk rancangan sarkas. X kira la apa raya pon, mesti ada sarkas. Skrg nih dah xde ek...

The picture I post above is the cover for the new THQ's WWE game. Aku mmg bagi standing ovation la kat THQ. Diorang buat game WWE sejak dari PSone lagi. Time tu bagi aku grafik mmg dah cukup dewa. X silap aku, 1st game diorang WWF Smackdown! then followed by WWF Smackdown! Know Your Role. Both games are for PSone. Untuk PS2, WWE Smackdown! Shut Your Mouth then kluar lak WWE Smackdown! Here Comes the Pain then barulah klua this one, WWE Smackdown vs Raw. Aku cukup layan game WWE nih. Skang ni aku tengah main season dia guna watak yang aku cipta sendiri dan pakai nama sendiri (apai). Orgnye aku cipta mestila tough dan ganas...takkan nak buat chubby mcm aku kot... Tapi yg x best nyer (mesti ada tapi gak...), season dia pendek sangat. Although the attribute can be carried forward, jalan cerita dia ulang balik bila season dah abih. Except kalau aku tukar2 skrip yang dia kasi la... Actually, byk yang dah enhanced daripada siri2 yang seblom nih. Kalu nak tau kena main sendiri la... By da way, aku mmg kipas-susah-mati ngan wrestling nih. Cuma sejak habis high school, dah kurang sket. My all-time favourite is Stone Cold Steve Austin. Bagi aku, dia mmg superb although dia dah x bergusti lagi. Aku ingat lagi masa form 1 sampai form 3, abis skolah je aku ngan member sekelas lepak kat umah kawan aku. Parent dia keje, so dia tinggal sorang je kat umah. Kitorang jadikan umah dia sbg port tmpt letak beskal la, tempat berjumpa sblom gi mana2 dan salah satunya, tmpt kitorang layan wrestling. Dia ngan bapak dia kaki wrestling, so mesti ada punya la tape wrestling kat umah dia. Then bila masuk asrama, masa nak dkt2 akhir tahun tu slalu fly seberang jalan time mlm2 sbb nak layan wrestling. Mula2 tu 2-3 org je, pastu sedar x sedar dah penuh kedai tu ngan kitorang je. Heheheh.... Dalam kelas lak ada kaki wrestling cam aku, mmg kalau bosan2 waktu prep tu bergusti la kitorang dalam kelas. Masing2 ada killer finisher tersendiri. Hahaha... Senyum sengsorang lak aku bila ingat balik crite2 tu. Skang ni member aku yg study kat UK kalau WWE datang sana je mesti nak gi tgk. Last time dia pergi dalam 4 bln lepas. Just before diorang nyer break. Sanggup balik M'sia lmbt sbb nak layan PPV. Dia kata tiket tu mahal, tapi puas hati la... Nyesal lak aku x pegi diorang nyer show masa diorang datang M'sia dulu. Bukan apa, x de member nak gi sama. Bila lagi diorang nak datang pon aku x tau...

Thanx to ==/\/== for your comments. Aku cuba carik html code for chatbox. Actually dah jumpa, tapi blom explore lagi.

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody