Tuesday, November 23, 2004

Chapter 8 - The Last Minute Guy

Hohoho.... Apa kabar member2 sekalian. Macam mana Raya korang? Aku yang beraya kat umah di KL ni ala-ala kadar saje. Maafla kat kawan2 yang hajat datang beraya tapi x dijemput masuk. Nak jemput mcm mana, aku se'family' xde kat umah. 3 hari kitorang xde. 1st day tu beraya kat umah sedara di Bangsar dan di sekitar KL. 2nd day beraya ngan nenek kat Melaka. 3rd day kat umah sedara lagi. Masuk hari keempat baru ada kat umah. So, sesape yang datang dalam tempoh tu aku mintak maap lagi sekali. Cubalah nasib anda lagi tahun depan. Hahaha...

Hmmm... adeh! rite now, aku tengah confuse + stress sket memikirkan pasal pendaftaran aku. Kelas aku start 29th Nov; which in few days to come. Aku baru bayar yuran dia pagi tadi. Mende tu dah dapat sebelum final exam lagi, tapi baru hari ni nak bayar. Due date dia esok-lusa. Kira last minute la aku buat ni. Daftar subjek pon aku buat last minute. Kesannya, ada paper yang aku x leh amik sebab kelas dah penuh cam paper 3rd Language. Dah la subjek tu makan sampai 3 sem. Maknanya, minimum aku leh abis study aku dalam setahun 1/2 lagi sedangkan kawan2 aku leh abis dalam setahun. T_T ........

Kayla.... taknak pening2. Memandangkan yuran dah setel, tunggu diorang update kat i-Student je la. Then aku leh daftar online. Huhuhuhu.... Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat masuk kelas balik kat member2 sekalian, especially kat sorang member aku yang dah 4 tahun x masuk kelas. Bukan ponteng ke hape... tolong business bapak dia. Camne la rupanya bila dia start study balik. Dah macam2 aku dan kengkawan aku bayangkan.... Contohnya, bawak lunch box ke kelas. Pastu pakai beg galas kaler2. Muahahaha.... Cam masuk tadika la plak.... Dah la, puas kitorang sakat dia. Sian lak. Papehalpon, all the best dan ingat orang yang tersayang. Huhuhu....

Anak sedare ngan sepupu aku di Hari Raya...

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody