Saturday, June 25, 2005

Chapter 38 - Long Time No See...

Waa... Lama giler beb x blog. Nak dekat 4 minggu ke hape.... Nothing much happened. Lepas aku balik dari Penang itu hari, aku dengan success'nya menganggur di rumah. Cuma PC bapak aku prob sket. Kurang la online. Aku pon x paham apa kena ngan PC ni. One time, dia suka kluar skrin biru pastu reboot ngan sendrinya. Hangin je kalau tengah2 d'load ke.... blogging ke.... tetiba dia padam. Pernah kena dowh... dah nak tekan butang publish nih, dia bleh reboot. Tulis dah berjela-jela burn cenggitu je. Skrg nih aku kalau blog musti buat backup. Okeh... sesape tau camne nak counter prob nih... Dia kluar message "Physical memory dumping 0x0000008e bla bla bla.....", sila bagitau aku ek. Sakit hati betul!!!!

Dah arr...chow

Saturday, June 04, 2005

Chapter 37 - My Cousins' Wedding

Selamat Pengantin Baru kepada sepupuku Ahmad b Abdul Razak dan Zanita bte Dato' Osman. Both are my cousin. I remember writing on the previous2 post that they met at my bro's wedding and fell in love since then. Satu sepupu belah mak dan lagi satu belah ayah aku. Very loving la... Kay, majlis akad nikah kat umah pengantin pompuan di Bangsar. Akad nikah dalam pkl 11 pagi seblom acara makan2(which the event that i'm looking forward to) dan sanding. Rombongan belah pompuan serba hijau muda. Tapi aku maintain cream sbb baju hijau muda aku dah kasi abang aku pakai. Ntah kenapa skrang nih, kalau rombongan kawin mesti ada warna tema. Nanti majlis kat Penang warna coklat lak. Aku cam biasa maintain cream lagi sebab xde baju kaler coklat. Kay, majlis akad nikah berlangsung dengan smooth'nye, kira sekali jalan je baca akad. Nak diceritakan masa akad tu, kadi ada mention garis panduan laki bini yang mana akan dibacakan sebagai pesanan kepada bakal suami isteri. Antara kandungan teks ucapan dia termaktub:

Utk laki
~Bagi makan yang secukupnya kepada bini. Tau selera bini. Jangan abaikan makan bini la kiranya
~Belikan pakaian kepada bini. Kalau mampu tiap2 hari (melawak lak kadi tu), kalau x setahun sekali.
~Jangan mencerca atau memaki hamun bini dengan bahasa2 kasar
~Jangan berlaku kasar dgn bini. Pukul2 manja bleh la...

Utk bini
~Menyambut laki ngan muka yang mesra
~Jgn keluar umah tanpa kebenaran laki
~Jgn melawan cakap laki pastu xleh cakap kasar2, jerit2...
~etc.

Time kadi tu baca, adala makcik2 kat blakang yang berseloroh, mencelah-celah setiap kali kadi tu baca satu point(kalah Tan Sri SM Salim berzapin), sahut menyahut sesama sendri sambil gelak sinis dan pandang laki masing2. Yang pakcik2 pon x kurangnya bila sampai kat bahagian pesanan utk bini. Seolah2 cam terkena kat batang hidung laki-bini masing2 plak bila kadi menyampaikan pesanannya...

At least, kat majlis nih aku belajar la serba skit pasal kawin2 nih. Hantaran, mas kawin, akad nikah. In fact kalau seblom ni ada majlis akad nikah aku dok luar ngan cousin2 aku, tapi arini aku lepak dalam sbb nak rasa feel org akad nikah.. ye la, utk persediaan masa hadapan katakan. Utk abang akunyer majlis arr, aku lambat lagi.... Aku budget masa akad tu kadi nak uji ilmu agama si pengantin laki, tapi xde lak. Tapi jgn salah sangka lak, bkn nak tgk cousin aku flop test tu, sbb cousin aku tu no hal la punya kalau kena tanya basic2 fardu ain. Cuma nak tau jenis2 soalan. Aku rasa depend kat mood kadi la. Mau dapat kadi yg sruh baca surah2 panjang cam Ar-Rahman ke, An-Nisa' ke, mau terkedu pengantin laki. Tapi besanya kadi x se'evil itu. Takat doa qunut, ayat kursi ke...bleh la, apatah lagi kalau tanya doa makan. Mmg success.....

Kayla, chow.

Wednesday, June 01, 2005

Chapter 36 - Monsoon's Wedding

Selamat Pengantin Baru kepada kawan aku yang bernama Monsoon(bukan nama sebenar, Sherry pon bkn nama sebenarnya). Majlis kahwinnya telah dilangsungkan pada Sabtu lepas. Sebagai kawan (atau mangsa), kami pergi la meringankan tangan menolong sekadar yang termampu. Alkisah jadilah kami waterboy ngan buzzer kenduri tuh. Pa, midi, qayyum, panjang, aku, faiz n fa'zah telah sudi menjadi kuli pada hari tersebut. Midi, aku ngan panjang incharge dalam department air, sekaligus memastikan tiada siapa akan kehausan sepanjang kami bertugas. Walaupun tiada pulangan yg menarik bertugas kat department air, tapi dapat usha awek ngan dapat minum sesuka hati. Tugas mengelap cawan basah mmg sukar. Sambil mengelap, aku kena pastikan cawan kering sambil memberikan posing yang terbaik agar awek2 turn-on tgk posing aku mengelap cawan. Midi dah jelous dgn jawatan aku yg lebih glamer dan lebih menangkap mata hadirin. Tugasnya sebagai pemindah cawan yang sudah dibasuh keatas meja lebih low-profile dan x glamer. Sian ngko....

Pengantin hadir dengan serba biru. Namun langit x sebiru baju melayunya. Kusangka panas hingga ke maghrib (sbb nak main basket sekali ptg tu), rupanya hujan di tengah kenduri. Hujan amat lebat dan menyukarkan pa dan qayyum selaku buzzer utk menjalankan tugas. Last2 diorang lepak kat tempat air je sambil bergelak ketawa. Lebat2 pon monsoon masih gembira. Ye la...hari nak tayang bini. Lepas ni simpan kat dalam bilik je la.... Walaupon mukanya rakus dan ganas, tapi masih terpancar riak2 kasih dan sayang( xleh kutuk je, kena puji sket. Takut kena tala). Kek kahwin yang serba biru dan sedap tu turut menghiasi muka aku dek dicalit bdak2 nih. Semua pasal panjang kasitau bday aku hari tu. Siot btol. Dah cam pucat mayat muka aku. Nasib baik kek, kalau telur kenduri menjadi bahannya; alamatnya lebam2 la aku. Telur rebus keras dowh.. Walaupon x pernah kena, tapi kalau kena sebiji mmg sakit. X caya try suruh adik atau abang baling telur rebus kat korang.

Dahla... penat tu penat jugak, tapi makan sedap. Ayam goreng kenduri monsoon mmg sedap. Kawin la lagi monsoon, bleh makan ayam goreng lagi. Muahahahaah...

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody