Saturday, December 11, 2010

Chapter 253 - Far Far Galaxy




I'm so crazy over Samsung Galaxy S~ Aku rate hp ni lebih tinggi dari iPhone 4. Dah berbuih aku khabarkan kat orang yang tanya pasal tepon, sampai 2 sepupu aku nk beli skali bulan 1 nnt. Tapi aku macam dah xsabar je nk cekau hp ni. Market price is around 2.6k. Tapi kalau amik ngan Maxis, bind for 12 months, harga hp ni cuma 1.6k saja. Terpaksala aku convert number sekarang jadi Maxis. Kenapa best sgt hp ni?

1- Sbb xnak pakai iPhone.
2- Android 2.2 froyo dah ada dlm Msia; IOS byk sgt constraint
3- Skrin besar 4 inch AMOLED Gorilla glass screen. Pendek kata, superb color display and indestructible screen.
4- 5 MP camera, but no flash though..
5- More responsive to touch. no more accidental-touch like omnia
6- so much features

Bila nak beli nih???

Chapter 252 - Married!

Alhamdulillah.. Dah 20 hari aku menjadi suami orang. I'm savoring every moment of it. Asam garam hidup berkahwin. Sedangkan lidah lagi tergigit. every cliche in the book.. haha.. Semuanya pakai..

Musim ni mmg musim kahwin. Setiap hujung minggu ada saja jemputan. Ada yang dapat pergi, ada yang xdapat. Mana yg xdapat tu harap dimaafkan. Jangan terkecil hati. I am realizing the importance of going to others' wedding. Seronok rasanya diraikan dan meraikan majlis.


Kepada sesiapa yang belum berkahwin, kalau dah jumpa jodoh, cepat2 la langsung (pesan kepada Q). hahaha...

Ciao.

Sunday, November 14, 2010

Chapter 251 - Bachelor

Baru saja aku habiskan Ahad yang terakhir aku sebagai seorang bujang. Ahad depan, aku dah xbujang. Dah ada tanggungjawab. Dah ada komitmen. Mengeluhkah aku? Xla, sekadar berdebar dan anxious dengan cabaran dan kehidupan baharu. Dalam kehangatan bersiap utk berkahwin, sangat2 terkilan kerana aku xcukup kaya atau terdahulu mencipta Fesbuk. Kalau x, dah jadi billionaire skrg. Silap2 kawen aku boleh buat kat lagi hebat dari perkahwinan kayangan anak NAZA. Tapi aku bersyukur. Ada mak ayah yg masih boleh tanggung kekurangan aku. Sebagai average joe di dunia fana ini, mmg aku serba kekurangan dan xmampu nak tanggung seorang. Berdepan expectation orang dan sendiri, kadang2 kita boleh tersepit dari pelbagai sudut. Termasuk di celah kelampang.. Gahahaha.. Hmm.. Buat apa nak kawen ala2 kayangan? Kalau nak cerita kat anak-cucu pon, "Mummy dulu kawen ala- kayangan". Nnt anak-cucu dia cakap, "So What?". Hahaha.. Xpelah, xdapat kayangan sekarang, dah mati kelak harap ke sana (Aminnn..). Jangan gah di siang hari, malam kelak bercerai berai. Papehal pon, jodoh itu ditangan Tuhan yang Esa.

Yelah, sebagai lelaki, of kos mahukan yang terbaek. Tapi cukuplah sekadar yang termampu.

Tinggal beberapa hari lagi. Adat la kalau masih ada yg xsiap. Budget nak siapkan sebelom Rabu ni, sbb aku kerja. Huh. Menci.

Ciao.

Tuesday, October 05, 2010

Chapter 250 - Kawen Mawen


Salam.

Majlis yang dinanti xlama je lagi.. tapi bahang dia masih xberapa dirasai.. xmacam ladies yg rata2 aku tengok walaupon 1/2 tahun lagi nk majlis, dah panik dan PMS all the time. Chill sista, chill.. Persiapan aku? masih xcomplete dan byk yg perlu digesakan, tapi under control lagi..

Alhamdulillah, walaupon duit xberapa nk cukup, tapi ada mak ayah nk cover sket.. kalau kira2 nk kumpul pakai duit sendiri mmg mau kena tunggu lagi setahun dua la gamaknya.. anak omak dah xtahan nih.. hehehe..

Dengan formula terkini, kalau mau kawen, mau kena ada paling kurang 30k.. paling kurang beb.. mana xnya, skrg ni standard wang belanja je dah cecah 10k.. pastu katerer lak mau telan sampai 15k.. lagi belen tu wat beli barang2 hantaran.. kan aku dah cakap, xsampai ke 30k tu?


Hantaran
Skarang ni mmg dah standard mak ayah letak 10k.. tu kira dah paaaling tolong pihak lelaki tuh.. Ada jugak yang bagi 8k and less, tapi tu bergantung kepada faktor geografi dan empunya badan tu sendiri. Maafla, bukan aku nak suka2 letakkan harga pada seorang wanita, tapi ini adalah realiti wang belanja semata2. Anda pon setuju bukan? Ada jugak yg laki xcukup wang belanja, tapi bakal bini hulur2kan sket... Susah senang dah kongsi awal2 lagi.. hahaha.. Alhamdulillah, aku xalami tu lagi.. Ala, duit tu nanti pon laki bini pakai sama2 gak.. Cuma asal2nya nak ringankan beban wanita utk majlis belah depa tu.. tapi la ni, wanita dah berkerjaya, xmacam dulu kala.. Depa ada duit sendiri nk buat belanja..

Apa beza wang belanja dan mas kahwin? Beza, mmg berbeza! Aku pon xtau la adat melayu yg melebihkan wang belanja dari mas kahwin, tapi dalam Islam, mas kahwin sepatutnya yang lebih dilebihkan. Tapi semenjak dua ni aku perasan ada lain sikit; Kata la wang belanja tu 10k, pastu mas kahwin (Selangor) lak 3oo.. Nanti kat akad nikah, imam jurunikah/wali akan cakap, "Aku nikahkan kau dengan Scarlett Johansson binti Abdullah (nama contoh) dengan mas kahwin sebanyak 10 ribu 300 ringgit tunai..". Kira dia combine skali. Papehal pon, kena prektis ke?? keke..

Katerer
Ini sangat subjektif. Skrg ni byk katerer buat all-inclusive package. Makan-Khemah-Hiasan-Misc.. Ni mmg kena byk survey dan mintak quotation. Kalau boleh, mintak breakdown quotation. Sesape xnak pening2, amik je package tu dan aku pon sedikit sebanyak setuju begitu. Tapi kalau anda budget conscious, baik tgk betul2 quotation yang derang bagi.. As per today, yg aku survey market, all-inclusive paling murah adalah RM10 sekepala utk 1000pax. Sedap xsedap tu aku xpasti. Sebaik2nya, buat la dulu food testing kalau anda xpernah rasa katerer tu masak. Tapi kadang2 ni yg murah2 ni xsemestinya xsedap, kadangkala derang ni katerer baru dalam market, so xnak la markup lebih.. Pro dia kat pricing, tapi cons dia kat risiko dalam management dan experience yg kurang dalam bidang ni.

Pastu kena pastikan pakej2 yang dia bagi. Berapa khemah, khemah apa pakai, meja apa pakai, hiasan khemah macam mana, bagi kek ke, scallop bodoh2 je ke, cover meja ada ke x, meja VIP macam mana, makanan pengantik lak.. Banyak anda kena tanya. Weigh the options and choose the best u can.

Nak tau lebih, PM me.. ahaks.. ciao.

Wednesday, September 29, 2010

Chapter 249 - Magika


Hi guys.. apa plan weekend? xde pape? why don't u bring ur family or girlfren to watch Magika. It's a musical from KRU Pictures. Garapan dan idea dari Edry KRU ini sangat tonton'able.. I was intrigued to watch it ever since i saw the trailer/ost somewhere in mid of this year. My first thought was, "Diana bole la nyanyi.. not a pro level, but boleh la..". So, i've booked a slot in my mind to watch it once it is aired. Baru malam kelmarin dapat tengok ngan cik tunang. Itu pon paksa tengok, xkira la letih ke xletih bekerja, wajbib gi tengok malam tu.. (sbb mlm tu je yg free).. first 5 minutes tu rasa macam good intro, tapi lakonan diana and dak malik tu mcm kureng sikit and can be improved a lot.. once 2 watak tu masuk magika, the later 8-10 minutes rasa mcm quite sucks.. aku dah mula fikir, "Alahai.. xkan flop kot.. I don't want to sit here for 2 hours if the movie going to be more like this".. sebabnya, aku rasa terlalu sendat sangat nk perkenalkan watak2 fantasi sampai kelam kabut.. then kluar Aznil/Pak Pandir.. XBEST nak mampus! naik meluat aku nengok.. but worst is that, i had to admit that Apek Senario/Hang Tuah menyelamatkan keadaan.. haih.. tu pon sorang lagi aku meluat. tapi dia telah menyelamatkan apa yg bakal menjadi sucks dalam movie tu.. then afterwards, everything falls into its places.. The most hilarious moment bila mai tang advisor Ning/Puteri Gunung Ledang yg dibawa oleh Sabri Yunus.. Totally pecah perut. then followed by other great characters and casts. Cik tunang begitu benci dengan Nabil/Orang minyak yg sangat horny sambil menjilat terung di tangan.. Haha.. aku cakap dia berjaya bawak karakter la kalau dah sampai benci nengok..

How to sum up the ending.. i would like to say not a happy one.. Better to see Mawi and Diana to be happily ever after.. Oppss.. spoiler!! Anyway, good one from Edry & KRU.. I learnt that he was inspired by his children's lack of knowledge of malay's folklores.. Bila dia bawak anak dia pegi Disney on Ice, sume karakter anak dia kenal.. bila sebut badang, mahsuri, nenek kebayan dan lain2.. langsung haram dia xtau.. maka terlahirlah Magika.. tapi aku rasa kalau dia garap lebih baik tentang watak2 tu, surely lagi bagus felem ni.. because aku rasa watak2 tu xakan tinggalkan kesan pada sesape yg xkenal mereka.. badang contohnya, aku rasa Edry sepatutnya tunjukkan lebih tentang apa speselnya badang; kekuatannya lah.. tapi dalam Magika, aku xnampak tu..

Meh la support good movies.. and Magika is an above decent movie in total.. but a great one in local movie industry. Lagu2 pon sodap.. tonton.. jangan xtonton.. :)

Tuesday, September 28, 2010

Chapter 248 - Mixed

Alhamdulillah.. selesai berpuasa selama sebulan.. bukan nak kata puasa dari makan dan minum, tapi jugak puasa dari tulis blog. kekeke.. Puasa tahun ni dapat bukak dengan kawan2 masters macam tahun2 lepas. cuma terkilan xdapat nk bukak dengan kawan2 degree. This year kitorang bukak kat PICC.. mak haih, xde tempat nk bukak dekat2 ke? sampai ke putrajaya pegi tuh. seb baik menumpang ammar.. kalau x mmg xpegi la jawabnya.. dak2 degree lak bukak kat tmpt biasa.. FLAMING STEAMBOAT.. kalau ammar ada syer dalam Hakim, tmpt ni lak azfar ada syer.. hahaha..

Raya tahun ni budget2 sangat.. tgh nak menyimpan buat kawen katakan.. anak2 buah dapat sikit je.. alhamdulillah dapat gak bagi kat madre.. anak2 buah sedara pon xdapat.. bila time nak balik dari beraya je, wat2 bodo je kluar balik. kira pendirian aku, kalu xmintak xdapat la.. kan? so, dah anak2 buah sedara xreti nk mintak, xdapekla.. dulu masa aku kecik2 xreti nk muka tebal mintak.. tapi xkaya2 dulu sbbnye, berapa sangatla org nak bagi dulu2.. singgit, dua ringgit.. 5 ringgit paling byk pon..

kerja makin sibuk.. dah lama kerja, responsible pon byk dah.. dulu masuk tiket priority 1 aku wat2 blur je, skrg ni dah kena amek.. hehe.. cuma yg sangat meletihkan bila kena kerja lebih seminggu.. gara2 kompeni xnak ganti lubang kosong dalam team A, kami dalam team C yang kena cover lubang tu.. letih bai kena kerja lebih compare ngan member2 team A, B ngan D.. tapi gaji sama je.. dah letih nak mengeluh.. ni pon nk bersiap gi kerja.. haih...

ciao..

Sunday, July 25, 2010

Chapter 247 - Red and Large

Yeah.. My shift covered from either Wednesday or Thursday until Saturday. SATURDAY??!! but hey, isn't that my most favorite day? Damn right it is!! That's why I am so demoralized when learnt about my shift change. It has been 2 months now, and I am still adapting. Even when you guys said that I have the Sundays, but it is not the same. Especially when I have a "commitment". Hehe.. Pendek cerita dah ada bini, well soon-to-be-bini.. She's working on normal government business hours. 8 to 5, Monday to Friday. She hates going out on Sunday because it'll wear her down to work on Monday. And I hate to make her going to work tired, but we do need our time together. So, there'll be a time for compromise and tolerate. Sometimes, we'll just cut down our date till noon, some will be spent at home with either her or my family, and some just lazing around at home on our own accord.

Compromise and tolerate. To be in a relationship, these two are important. Nobody is perfect and each person has a different side of their story. As being observed, it is easier to accept others imperfection than to accept yours. Knowing that, it is harder for wanting to perfect yourself than to perfect your partner. It is a recipe for disaster. Ego is a damn huge wall to overcome. It is rather typical as we had slowly build it up from our early age. It lies back to the root of 'not wanting to look bad and wrong'. When the wall is to high, you are unable to look at these 2 dudes; compromise and tolerate on the other side of the wall. Then you'll be left as just a good-looking guy, IF you are good looking.. No more charm and gentleman. That is the most reason of fall-out.

I'm not saying that I am that guy. Well, maybe a little bit of it. Actually, we all are. But to have that realization, I am fortunate. I'm not perfect either, but I'll try to achieve near-perfect. "I just want her to be happy" is not a cliche. It is a real thing. "I scratch your back, and you'll scratch mine" or "What I give, I get back" should come naturally and not forcefully or planned. Stop focusing on what we should get by giving, instead just sincerely give. Expectation leads to either doom or more expectations. Love yourself and you shall be loved.

Not bad for my first love advice, but where's the red and large font story?

Later. Haha..

Thursday, July 22, 2010

Chapter 246 - Night and Kday

How about a story of RED and large font?

Working in a shift doesn't sucks much. 3 days of cuti in a week.. sometimes 4.. no take home task or homework.. free food on night shift.. free selected beverages.. everything sounds like great, but down the road, there'll be time where i will feel like this job is killing me inside. I hate when my Saturdays are taken away from me. I am very much down-to-my core loves Saturday. This was driven by the fact that i was in a boarding school for 2 years in Melaka. Here's the story..

Once a month, dapat balik rumah; jumpa family and occasionally big dinner on saturday night. Splendid meal compared to the one served in our cafetaria. Sblm sembahyang jumaat, aku akan tumpang GG balik ke KL dengan kereta evo wannabe ayahnya along with tiket utk bermusafir. Elok je kami tiba depan flat sri langkawi, imam masjid jalan pahang pon bagi salam.. every single time.. that showed how consistent dan lajunya bapak GG bawak kereta tu. I could not be happy enough sbb jimat hari jumaat aku, padahal kawan asrama aku tengah terkial2 tahan teksi sapu depan skolah untuk ke pekan dan amik bas balik ke kampung.. Setengah hari utk wind-up and tell the tale of bad and good from school to mom Then there is Saturday. It is the best sensation knowing you have a day to yourself. Maybe it is similar to a day off from a long sentenced jail time. Exaggerate? Maybe. Hey.. Cartoons on Saturday morning are also the best. Beast War? Cmon, sape x teruja tngok binatang jadi transformer? Never missed the best and favorite dish cooked by the best cook in the world: emak. Lazing around the house and hanging out with kawan2 skolah lama.. Catching up and lots of laugh. Then come Sunday. The dreaded day.

Knowing that the next time I woke up in the morning, I'll be in my bunk and rustles of dorm -mates bersiap2 nk pegi surau utk subuh berjemaah filling my ears. But that not the worst. The worst would be 5 pm on that day, where I'll bid farewell to my family. The journey from KL to Melaka gave a terrible feeling compared to the one I took 2 days earlier, eventhough the view, landscape, trees and RnR are the same, it was wicked. And that's why I hate Sunday. When you hate a thing so much, u tend to emphasize things. Even a smallest thing. Like for example, how I noticed that Sunday morning lebih cepat terik dari hari2 lain, and so I came into conclusion that Sunday is a damn hot day. I still think that way till now. TAPI, bila sama terik pagi Sabtu, I'll see thing differently and relate it to something nice.. Gotta love em'. I'm a Saturday guy definitely.

Haih.. lamanya mukadimah.. aku sambung next post la. haha..


Thursday, May 20, 2010

Chapter 245 - Nobody II

AH.. aku rasa dah xsape lagi baca blog aku. haha.. hiba tapi hakikat.. ni la akibatnya lama sangat xhupdate. tapi aku tetap gigihkan diri jua utk update ni walaupon tau xde sape yg singgah. aku pon xfofularkan blog aku dengan sengajanya.. macam ada org2 tu yg bubuh link dalam account facebook mereka.. aku xberminat ramai2 baca blog aku.. (ke x bagi tunang baca?) hehehe... papehal pon, masih wujud pembaca blog aku yg tegar. yg tegap pon ada (kipas baek punya kat Qayyum)..

Yawn~~

Ngantuknya keja mlm2 ni.. so far xde lagi malam2 yang aku keja stay-up 8 jam straight. xpernah aku rasakan aku ni bunny energizer. tak macam daus team mate aku ni.. xpernah lagi aku tengok dia tersenggok2 ataupon tertidur. aku rasa dia ada telan pil la.. hahaha.. kalau x telan pon, dia mmg steady. rookie of the year la kiranya dalam team aku ni.. eh, ke sophomore? ntah la.. tapi baru setahun masuk dah jadi shift lead. kacak kan? apa hebatnya shift lead? xde pe, keja je labih sket, cuma nama tu 'up' sket. shift lead aku yang sekarang ni kocak sket. asal tengah malam je konfem tersenggok.. sian dia.. ni pon dia bantai MC. xpela bang, u're da man! Aku pon xfaham sangat dengan konsep MC kt sini.. xsilap aku, ada 14 hari je boleh MC. tapi tgk gaya dak2 ni, sebulan 1-2 MC mesti ada..

Arghh~

Sape yg bantai melepaskan angin ni? shit la.. masuk ni dah 2 kali. aku suspect indian belakang nih. Damn! dah la xmandi, berani pulak kentut. bukan nk berniat racist, tapi mereka ni yg pure datang dari India mmg terbawa2 lifestyle dari sana; kurang mandi. Pastu gemar substitute mandi dengan perfume.. haih.. silalah faham yg Malaysia ni beriklim khatulistiwa, bukannya 4 musim.. Ada 4 musim pon kat bukit cerakah sana.. bangun tido nk pegi toilet buang air pon dah berpeluh. maka, bawak2 la mandi selalu.. kalau takut bazir shampoo kat bulu2 yang bersepah tu, cukupla sekadar shampoo bahagian2 penting spt ketiak, rambut dan kelampang. Geli lah..

Kembali ke topik asal. Bulan depan ada sorang promoted masuk level 3 setelah cukup experience point dia ala2 final fantasy tu. gaduh cakap nk resign cari company lain sbb level 3 byk keja. Hello~ statement tu sangat melemaskan aku sbb dia dah pon sain kontrak. nk komplen jangan sain la.. akibatnya, bulan depan sume activate standby sbb team short sorang. Argh.. dah la next month banyak wedding. bakal kakakipar aku pon nk kawen bulan depan.. haruslah menunjuk baik pada mertua dengan meringankan tangan menolong apa yang patut..

Shit~ Dia bantai kentut lagi.. (real time sungguh laporan ni)..

Ah, xde selera aku nk menaip.

ciao..

Thursday, May 13, 2010

Chapter 244 - Hot Hot Hot

Panas Panas Panas..

Malaysia makin hari makin panas. Badminton Malaysia pulak makin sejuk sejuk sejuk.. ini angkara kekalahan teruk Malaysia kepada China dalam Piala En Tomas kelmarin. Sungguh benci yang amat pada Lin Dan kerana kehebatannya dan mempersoalkan kenapa dia tidak dilahirkan sebagai warganegara Malaysia? Apakah nenek moyangnya xikut Puteri Hang Li Po ke Melaka awal usia Nusantara dahulu? Kalau mengikut undang2 bola sepak, Lin Dan layak dikenakan kad kuning kerana menanggalkan baju selepas menang kelmarin dan layak dikenakan kritikan yang pedas dari Nigel Lythgoe kerana tariannya tidak 'up' kepada standard penari2 dalam So You Think You Can Dance.. Tapi dalam benci, wujud perasaan kagum kepada flair, charisma dan kesombongan beliau dalam sukan ni. Suka aku cakap yg sehebat2 Lee Chong Wei Datuk Lee Chong Wei (DLCW), dia tidak memiliki sifat2 mahmudah dan mazmumah yang disebut tadi. Lin Dan yang dikenali sebagai 'Bad Boy' atau budak jahat mmg sombong dan berlagak. Tapi lagak itu yang flare up the confident to beat the crap out of his opponent. DLCW terlalu melayu bagi mata sepetnya itu.. dia terlalu baik hati dan jenis lelaki yang memberi sedekah pada setiap peminta sedekah bila mana dia berjalan2 di Jalan Tunku Abdul Rahman, tidak kiralah orang itu OKU ke, orang jual kerepek ke, peminta sedekah baik untuk pembinaan tokong mahupon pembinaan masjid di selatan Thailand.. Sebaliknya, Lin Dan pula jenis yang tidak akan memperdulikan minta2 itu malah dia akan lalu-dan-langgar bahu peminta sedekah itu lantas menanggalkan bajunya dan buat snake dance sbgai 'in-your-face' dance. DLCW, ko kena lebih jahat.

Datuk Misbun Sidek, sila basuh pemain badminton nombor 1 kita ni supaya dia kalau tak sama jahat dengan Lin Dan, dia LEBIH jahat dari itu.. dan perkenalkan sebuah module khas dalam latihan badminton anda, iaitu 'Smash to your opponent's face'. Latihan ini memberatkan kepada ketepatan ketika membuat smash untuk hinggap di muka pihak lawan. Baru puas hati pemain dan penonton seperti aku ni.. hahaha..

Markah penuh utk penonton yang meniupkan kata2 semangat kepada shuttlers kita. Kalah menang pon mereka sorak. Namun tercemar sedikit bila insiden penonton menunjuk finger kepada pemain double ke-2 kita. Kamon lah.. mmg xpatut pon mereka kalah kepada jepun yang rankingnya entah keberapa, tapi support la pemain2 kita andai mereka bermain tahap taska sekalipon. tapi tabik kerana betapa hanginnya penonton, mereka masih lagi tidak mencecah tahap penonton kelantan yang gemar membakar kerusi sbg tanda tidak puas hati. Kepada penonton kelantan, korang yang belum tentu failkan LHDN dan membayar cukai jangan nk suka2 bakar harta awam hasil cukai orang2 macam aku ni.. Tapi yang bestnya, bila Malaysia terkandas baik dalam piala en Tomas ataupon piala Pn Uber, stadium terus kosong walaupon match final. bila tengok TV tu rasa macam tgh tengok tournament kelas C dan D. ZzzZZzZZzZ..

Secara keseluruhan, skuad badminton kita masih layu. Jepun dah mula menapak dalam sukan ini. Korea Selatan pon dah semakin hebat. Padahal, Malaysia pernah digeruni suatu ketika dahulu, tapi sekarang ni penat kita nk gerun kat orang lain pulak. Jap, sukan ape je yang orang xgerun kat kita dulu? Bola dulu kita mmg hebat, badminton pon sama, hoki pon sama.. tapi kini? Regardless, make sure we are striving for number 1. Biasa la, walaupon shuttle cock tu xbulat macam bola, tapi perumpaannya tetap sama.. "bola itu bulat".

Monday, March 01, 2010

Chapter 243 - Nobody

Salam 1Malaysia.. ngeh..

Lama sungguh aku xhupdate blog ni. Aku xde masa nk baca previous post utk kenal pasti kat mana aku nk kena pick up.. banyak yang dah berlaku dari tempoh itu.. yang paling obviouslicious, aku dah jadi tunangan orang dan menghitung hari utk menjadi laki orang walhal ada lagi 202 hari untuk kesitu.. insyaAllah.. jangan disangka 3 digit tu lama lagi, sbb dah banyak yg aku lalui gara2 procrastinate. contoh terbaik yang paling aku ingati adalah masa nk viva final year project 2007. jumlah tempoh aku siapkan mende alah tu 2 minggu je.. Hasil kerjanya, jangan cite la. macam final year project kanak2 tadika je. haha.. tapi Alhamdulillah, lepassss. Sekarang ni, aku tgh doa bnyk2 agar tesis aku sukses slps viva tempoh hari. Hati ni xtenang selagi coordinator program aku xterima versi hard cover tesis aku. mahu dia buat giler xnak amik, meroyan la aku depan pintu pejabat dia 3hari 3malam.. oh ya, tesis ni aku buat dlm masa 2 bulan je.. hehe.. UP sket dari degree dulu.. hmm.. kembali kepada perihal tunangan, aku sudah bertunang dengan pilihan hatiku.. belanja pon xbyk masa tunang. sekadar cincin tunang, dan kain nikah yang haruslah dibeli sendiri. kek, buah, sireh junjung termasuklah bakul, pinggan dan reben disponsor org. Alhamdulillah.. murah rezeki. kengkawan yang membaca, doakan lah perjalanan kami agar tiba ke destinasi dengan aman dan selamat. Ye la.. org kata dugaan berdarah manis ni tinggi. toksah citer laa dalam fesbuk tu dah berapa kerat aku baca yg ragu sana ragu sini lepas brtunang.. Nauzubillah.. sampai dah destinasi tu nnt, pasang doa lain lak ye.. tu tunggu arahan selanjutnya.

Hmmm.. obviouslicious yang ke-2.. aku dah xkerja dgn syarikat lama. banyak yg aku ranting pasal company lama kan..? last2 blah gak. I miss those guys though.. one of these days, aku nk kesana buat penampilan khas. tapi tunggu aku slim down balik. Fuhhh... naik balik seh.. mahu jadi bahan je pegi sekarang.. tambah lak jazz makin kurus.. mmg mncari nahas kalau pegi sekarang. Tapi kedengaran, cik kak yg sama satu project kat comp lama tu pon dah blah.. En Yusri, bila lagi? hehehe... (kalau la ko baca Yus).. Sekarang ni kerja dengan syarikat multinasional di kuala Lumpur. Kerjaku sekadar support je. tapi alhamdulillah, walapun keja shift, ongkosnya bagus.. cuma kurang fleksibiliti utk aku tuang. hahaha.. keje lama suka suki je aku nk tuang.. Oppss.. terdedah sudahhhh... Sabtu Ahad pon kena keja kadang2, mmg xde life sgt. sampai tunangan pon sedey kalau aku keje mlm.. kawan2 pon dibuang ketepi.. tapi start esok sampai khamis malam aku off.. Yabedabedubedah... motif pemberitahuan? tiada.. siap ko ammar, tetiap hari aku call dgn tagline, "apa barang keja!!!".. harharhar..

Thursday, February 11, 2010

Chapter 242 - Dang!!

Sedih dan hiba.. Setelah hampir 1 thn 1/2 berkhidmat, Omnia aku yg aku gahkan selalu telah break down. Apalah musibah yang melanda di kala aku tengah mengumpul dana untuk membina masjid ni.. Kalau ikutkan nafsu darah muda, dah tentu aku menyambar iPhone 3GS dan tido malam2 pukul 3 pagi dek bermain dan memuat turun aplikasi dari internet macam kawan aku, Jazimin. Tapi Jazimin dah xsyok main iPhone lagi dah, dan aku rasa dia pon dah campak jauh2 iPhone tu sebab dia dah ada Blackberry Bold yg terbaru... dan juga sebab dia kaya nk mampos, so suka hatila dia nk campak ke tidak iPhone tu.. Hasil nasihat kawan aku Fei yg skrg ni berkapel snyp2 dengan Ema, aku dah jumpa backdoor untuk atasi masalah 'Screen Alignment' Omnia aku.. mari kita backtrack kejadian hempasan-bawah Omnia aku..:


What d hell is wrong with my Omnia?
1. Touch screen sudah rosak. 3 suku screen dia dah paralyzed ala2 serangan angin ahmar utk alat2 komunikasi. Kejadian berlaku secara mengejut dan sememangnya aku terkejut tahap maki hamun xhingat..

2. Malangnya aku xturn on point mouse ("buat pe nk turn on? dah pakai touch screen, mana kelas pakai mouse..", lagak aku ketika touch screen aku masih sihat).

3. Lepas tu aku disable auto-rotation (sbb rotation tu buat pening kepala aku dan ianya x se'smooth iPhone).. Maka, mmg kaku seribu bahasa la Omnia aku bila screen dah jahanam..
4. Aku pon mengambil langkah bijak dengan backup semua file2 dalam Omnia aku menggunakan perisian yg dimuat turun dari Internet.

5. Dengan konfidennya aku buat sub-hard reset dengan menekan turn-on dan end-call button secara serentak selama 10 saat ketika henfon sedang mati. Kenapa aku panggil sub-hard reset? sebab kalau hard reset, semua memory akan format (Phone memory & embedded storage (8Gb) yang penuh dgn gambar2 dan semua .3gp senonoh aku).. kalau aku buat sub-hard reset, dia akan format Phone memory saje.. aku sangka aku bijak...

6. Selesai saje reset tu, Omnia aku kembali kepada factory default setting. tapi aku lupa yg every reset akan trigger Screen Alignment. sangkut aku kat situ sbb nk align mcm mana dah? Bagi kat Lee Soo-bin (Bos Samsung) ngan Bill Gates (Bos Mikrosof) pon blom tentu derang bole align. Ammar genius suggest aku pakai je Motorola V3X sebagai primary phone di kala siang. V3X tu aku gunakan utk secondary line aku sebagai medium untuk mengadu domba dengan kekasih tunang aku.. tutup la Omnia tu nk dekat seminggu..

7. Fei yg hangat bercinta dengan Ema memberi tips yg sangat berguna kepada aku dengan menyuruh aku create satu dummy file dalam memory card bernama "welcome.not". macam mana nk create? Senang je, bawak kluar memory kad, bubuh la kat laptop punya card reader. macam aku, aku slotkan dalam V3X, pastu cocok USB je..

8. Jeng jeng jeng.. dah xkluar lagi align screen yg sangat annoying tu.. upon formatting, it comes with default setting which is auto rotation. dengan auto rotation, aku bole la turn on'kan point mouse aku.. yeay!! Selesai masalah aku nk kluarkan RM400 utk baiki screen walaupon masih xboleh nk ditouch2.. tapi..

9. Apalah gunanya buat itu dan ini kalau file backup anda itu tadi xdisimpan dalam PC.. simpan dalam memory kad je.. Windows Mobile comes with setting untuk encryption (actually bole disable), dan setiap kali reset, encryption key dia akan berubah.. maka semua file2, lagu2, gambar2 dan .3gp aku corrupted dan tidak boleh dipakai.. sekadar menyemak je dibiarkan dalam memory card.. ARGHHH...HAMPEHHHH....

Simpati x? kalau anda simpati, silalah bank-in kan sekurang2nya RM 10 kedalam bank account aku agar dapat aku menyimpan untuk membeli iPhone. kenapa iPhone? sekurang2nya iPhone xde screen alignment. hahahahampeh punya windows mobile!

Tuesday, February 02, 2010

Chapter 241 - Grin

"We would appreciate if you could return all assets that belong to the Company before your last day.."
Tau lah aku.. macamlah aku nk sangat Dell Inspiron 1420 berkelajuan 2.00 GHz dan berbekalkan RAM 2GB yang mengoperasikan Windows 7 tu... T_T


Memang aku nak pon.... huhuhu... kijam... bagilah kat aku mende ni sebagai parting gift.. akan aku jaga dan tatang laptop ni seperti laptop aku sendiri..

(Sila abaikan meja bersepah ni, kerana selaku CEO, meja penjawat seperti kami mmg xpernah kemas..)

Enough, mari bercerita tentang bende lain.. 2 minggu yang lepas, aku dan rakan2 bangun awal2 pagi (walaupon sorang je yang gagal untuk bangun.. ye ammar.. andalah orang itu.. hahaha). Semua ini dilakukan untuk pergi ke bukit broga.. tapi, apa yang ada di bukit broga? awal manakah yang kitorang maksudkan?

Aku sendiri pon xpernah dengar tentang bukit broga ataupon lebih sedap bila dipanggil broga hill jika dialihkan bahasa. Tidak lah macam Teluk Mok Nik, Terengganu yang mana bila dialihbahasa menjadi Monica Bay.. XNAK KALAH HENGKAU... bukit broga merupakan sebuah bukit (of koss) yang menjadi sempadan bagi negeri Selangor (Semenyih) dan juga Negri 9 (Lenggeng). Kalau anda baca dari encik wiki, nama broga ni derived daripada makhluk mistik bernama Buragas. Ciri2 makhluk ni tidaklah diterangkan dengan terperinci samada ianya berkaki dua, empat, lapan ataupon tiada kaki langsung. Jadi kalau author page wiki tu kencing aku, maknanya hancinglah korang skali.. skrg ni pon dah bau hamis sikit..

Access ke Bukit broga ni melalui Pekan Semenyih, kalau nk senang, carilah University of Nottingham Malaysia sbb 4-5 km dari Uni tu dah sampai kaki bukit broga.. walaupon aku xpernah dengar akan perihal bukit broga, tapi tmpt ni quite famous. semua yang datang pon local tourist yang nk tengok sunrise.
Maka, En. Organizer, saudara Ammar telah menghantar message pada pkl 12 tgh malam suruh bawak torchlight la.. tuala la.. jajan la.. baju extra la.. pad wanita la.. dan sebagainya. pesannya lagi, berkumpul di Masjid Semenyih pukul 5 pagi. Solat subuh berjamaah (Alhamdulillah) dan terus shoot naik bukit broga.. dia sangkakan gelap hingga ke subuh, tapi rupa2nya terang di tengah pagi..

Aku kluar umah pkl 3 pagi lagi sebab nk amik hafiz di bandar Utama. walaupon menongkah arus, tapi aku cekalkan diri dengan harapan agar sinar sunrise dapat memberi dia semangat untuk gigih mencari kerja baru. jangan la asyik terkangkang depan LCD 32 inci ko sambil main PS3. Lepas tu pergi ke rumah Ema di Taman melati pkl 3.30 pagi sebab nk ambik Ema dan Feisal. WAIT!! Apakah motif Feisal berada dirumah Ema pagi2 buta? adakah ko stalker tegar Ema, Feisal? jawab!! Anyway, aku disuruh Ammar untuk mendoakan kebahagian mereka.. apakah maksud ko ammar? Ema pulak bawak adiknya yang lebih mudah dikenali dengan panggilan 'baby'. 'Baby, hit me one more time.. hehehe.. So, kami naik dua kereta sbb sah2 xmuat. lepas ni nk amik Joe plak. Joe suruh kami amik dekat Petronas Tesco Ampang. Joe macam biasa, sgt skema dengan arahan2 ammar. ammar suruh dia bawak apa, semua dia bawak.. semuanya berjalan dengan lancar. namun, kami gagal menghubungi ammar. something fishy here...

Masjid Semenyih, 0600 hours.. Ammar masih gagal dihubungi. Kami decide, the show must go on. Solat subuh berjemaah, dan terus menuju ke Broga Hill.. sunrise expected at 0728 (Syuruk), dan dengarnya memanjat bukit broga bukannya seminit dua. Supposely kalau nk perfect tgk sunrise, pkl 0645 dah seelok2nya ada kat atas broga, tapi kami berjemaah dulu agar pendakian kami mendapat keredaanNya.. Bagus kan? kurang pahala aku riak kat sini. jangan percaya bulat2 GPS anda, sbb GPS anda tak tahu yang anda nak naik bukit broga. Google map aku hampir membawa aku pusing ke Negri 9. Shame on you, GMap on Omnia. Korang boleh tau yang korang dah menghampiri bukit broga bila bersepah2 kereta parking kat luar ladang kelapa sawit. maka carilah tempat parking dan jalanlah ikut the flow.. kalau xjumpa entry point, carilah ladang arnab sbb jalan masuk dia betul2 depan ladang arnab. pendakian yang mild challenging boleh dinaiki oleh sesape saje xmengira usia. enough with words, layan je gambar2 nih..

Kelat je muka.. "bagaimana kami hendak memanjat bukit broga tanpa Ammar?", tangis Ema

Anda tentu tak mahu abang ni jadi credit controller korang.. tapi garang pada rupa, hatinye baik

Catching sunrise

Cun jugak gambar ni.. tangkap pakai Omnia je.. xyah SLR2 semua tu.. ataupon kesan kehandalan fotografer?

Simply breathtaking
Mcm set utk TLOR..

Mcm set utk braveheart pon ada..

Come back with words. Ketika memanjat puncak kedua lah saudara Ammar call aku.. silap la.. Kami dah tau sejak di kaki bukit lagi yang kami xkan bagi chance kat ko.. lihat saje komen2 di fesbuk..
Saudara hafiz yang secara nature'nye mengayuh basikal sejauh 2 km ke tempat kerja tampak kurang fit dan tercicir jauh kebelakang. boleh dikatakan prestasi yang hambar. sepatutnya hafiz, secara matematiknya, ko patut dah sampai puncak broga tu pastu turun balik sebanyak 3-4 kali baru la kami sampai di puncak tu.. ala-ala Mohd Noor Mat Amin tu.. tapi tepukan untuk hafiz, berdikit-dikit dia panjat bukit tu sampai la jumpa kami kat salah satu puncak..
Rata-ratanya, byk pengunjung berbangsa cina.. aku fikirkan kalau korang nk sedikit privasi memanjat bukit broga, panjatlah masa Tahun Baru Cina nnt.. Dan ada beberapa pengunjung membawa anjing peliharaan naik sama.. lebih menyukarkan lagi ada kawan2 aku yang sangat trauma ngan anjing. aku tau aritu, aku bawak je gajah peliharaan aku sama..


Alhamdulillah.. selamat kami naik, selamat kami turun.. rata-rata ramai yang nk buat lagi panjat bukit broga ni.. terutama orang yang mencadangkan aktiviti ni, Cik Faiza yang last2 xjoin sama.. kerja katanya.. sebok menguruskan perniagaan beras herba poni taj mahal dia agaknya..

Aktivitas ni mmg aku galakkan.. permandangan cantik.. letih tu ada la sikit, tapi berbaloi2..

Thursday, January 28, 2010

Chapter 240 - Grandeur

Tepat di detik ini, manager aku sedang menyampaikan khabar berita pada Head of HR tentang keberangkatan aku dari syarikat ini. Punyala susah aku nk bagitau manager aku sbb dia bukan sahaja manager aku yg baik, tetapi kawan aku yang baik. al kisah, dia baru saje di'promote menjadi acting manager department aku, dan sudah sedia maklum, department aku ni sentiasa xcukup kaki dan tangan (bos besau, xyah la sep sangat nk hire staff.. padahal gaji staff mcm kami ni pon bukannya besar sangat.. pe la sangat tambah lagi sorang dua).. bila aku sudah tiada, makin kurang la kaki dan tangan die serta sukarlah dia nk melaksanakan wawasan dia.. kepada Hairul (hampir kepada nama sebenar), aku tau ko xbaca blog aku sbb aku xbagi link address blog aku kat ko, tapi aku nk ucapkan selamat maju jaya. cekal sungguh aku mewarnakan setiap huruf. good job apai.

I'll miss few things most definitely...
It has been 2 years. tahun lepas ofis lain, tahun ni merasa ofis baru.. tahun lepas aku 95 kg, tahun ni aku 83 kg.. hahaha.. apakah motif pemberitahuan ini? chill, sekadar menaikkan self-esteem aku..

Ofis baru

mentang2 dah nk kluar, baru nk bukak pekung didada... hahaha.. ni lah teratak persinggahan aku sejak projek aku di Port Dickson habes lewat tahun lepas. apakah gila nk aku ulang alik gmbak ke cyber? apakah gaji aku setaraf Vice President? ataupon busuk2 pon Project manager? kalau ye, dah tentu aku xblah dari sini.. Apa yang best kt ofis ni? Kemudahan Internet free.. beverage free (sila lihat point seterusnya) tapi kena bancuh sendiri la... aircond free.. toilet bersih.. couch pon selesa.. hahaha.. korang dengar pon rasa nk tumpang sekaki kan?? Maaf, hanya jari aku dan jari2 pekerja syarikat ni saje yg boleh access masuk bangunan. ofis pakai biometric access OKEEEEHH...

Milo

Bekalan milo kat ofis ni xpernah abih.. sekali beli berpaket2 gergasi yang dibawak balik dek sekretari syarikat. ikutkan byk lagi paket milo tu.. bukan takat 2 je, tapi semua dah aku bawak balik senyap2..

Monday Futsal

Ni sajela masa yang halal aku nk sliding tackle bos2 dan rakan2 sejawat.. paling tidak pon rembat bola to the balls.

Kawan

many friends i made during my stint at this company; melayu ada, cina ada, kakak india janitor pon aku kawan.. bukti yang aku ni bukanlah anti sosial alias racist.. kawan depan belakang sama ada.. kawan depan lain belakang lain pon ada... biasala, mana2 tempat ada.. kepada yang wish aku 'all the best', aku ucapkan terima kasih. korang je yang akan dapat kad dari aku nnt.. gagagaga..

Saturday, January 09, 2010

Chapter 239 - 50,50

Hi,

yeah.. still working at 'that' place.. Am waiting for interview calls.. Have been giving out resume to friends and HRs.. crossing my finger, a good offer to come.

anyway, i feel sucks. both in financial and love.. i'm not going to spill the details, but enough to tell that im feeling low. loooooow..

couple of kids passing by my house and i heard their short and brief conversation..

A: Weh, jom la wei kita pegi balik (i assumed A was asking B to accompany him to go back to the shop, as they were going to the opposite way)

B: Aku xde duit la.. (again, i assumed they were talking about buying some toys, like the egg machine that shit out toy in egg after u put coins in it)

A: Xpe, aku ada singgit (which is RM 1)

B: Ooo.. 5 posen, 5 posen (50 cent each.. good arithmetic)

A: X... kita share-share la singgit ni.. (wow)

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody