Malaysia makin hari makin panas. Badminton Malaysia pulak makin sejuk sejuk sejuk.. ini angkara kekalahan teruk Malaysia kepada China dalam Piala En Tomas kelmarin. Sungguh benci yang amat pada Lin Dan kerana kehebatannya dan mempersoalkan kenapa dia tidak dilahirkan sebagai warganegara Malaysia? Apakah nenek moyangnya xikut Puteri Hang Li Po ke Melaka awal usia Nusantara dahulu? Kalau mengikut undang2 bola sepak, Lin Dan layak dikenakan kad kuning kerana menanggalkan baju selepas menang kelmarin dan layak dikenakan kritikan yang pedas dari Nigel Lythgoe kerana tariannya tidak 'up' kepada standard penari2 dalam So You Think You Can Dance.. Tapi dalam benci, wujud perasaan kagum kepada flair, charisma dan kesombongan beliau dalam sukan ni. Suka aku cakap yg sehebat2
Datuk Misbun Sidek, sila basuh pemain badminton nombor 1 kita ni supaya dia kalau tak sama jahat dengan Lin Dan, dia LEBIH jahat dari itu.. dan perkenalkan sebuah module khas dalam latihan badminton anda, iaitu 'Smash to your opponent's face'. Latihan ini memberatkan kepada ketepatan ketika membuat smash untuk hinggap di muka pihak lawan. Baru puas hati pemain dan penonton seperti aku ni.. hahaha..
Markah penuh utk penonton yang meniupkan kata2 semangat kepada shuttlers kita. Kalah menang pon mereka sorak. Namun tercemar sedikit bila insiden penonton menunjuk finger kepada pemain double ke-2 kita. Kamon lah.. mmg xpatut pon mereka kalah kepada jepun yang rankingnya entah keberapa, tapi support la pemain2 kita andai mereka bermain tahap taska sekalipon. tapi tabik kerana betapa hanginnya penonton, mereka masih lagi tidak mencecah tahap penonton kelantan yang gemar membakar kerusi sbg tanda tidak puas hati. Kepada penonton kelantan, korang yang belum tentu failkan LHDN dan membayar cukai jangan nk suka2 bakar harta awam hasil cukai orang2 macam aku ni.. Tapi yang bestnya, bila Malaysia terkandas baik dalam piala en Tomas ataupon piala Pn Uber, stadium terus kosong walaupon match final. bila tengok TV tu rasa macam tgh tengok tournament kelas C dan D. ZzzZZzZZzZ..
Secara keseluruhan, skuad badminton kita masih layu. Jepun dah mula menapak dalam sukan ini. Korea Selatan pon dah semakin hebat. Padahal, Malaysia pernah digeruni suatu ketika dahulu, tapi sekarang ni penat kita nk gerun kat orang lain pulak. Jap, sukan ape je yang orang xgerun kat kita dulu? Bola dulu kita mmg hebat, badminton pon sama, hoki pon sama.. tapi kini? Regardless, make sure we are striving for number 1. Biasa la, walaupon shuttle cock tu xbulat macam bola, tapi perumpaannya tetap sama.. "bola itu bulat".
No comments:
Post a Comment