Tuesday, November 23, 2004

Chapter 8 - The Last Minute Guy

Hohoho.... Apa kabar member2 sekalian. Macam mana Raya korang? Aku yang beraya kat umah di KL ni ala-ala kadar saje. Maafla kat kawan2 yang hajat datang beraya tapi x dijemput masuk. Nak jemput mcm mana, aku se'family' xde kat umah. 3 hari kitorang xde. 1st day tu beraya kat umah sedara di Bangsar dan di sekitar KL. 2nd day beraya ngan nenek kat Melaka. 3rd day kat umah sedara lagi. Masuk hari keempat baru ada kat umah. So, sesape yang datang dalam tempoh tu aku mintak maap lagi sekali. Cubalah nasib anda lagi tahun depan. Hahaha...

Hmmm... adeh! rite now, aku tengah confuse + stress sket memikirkan pasal pendaftaran aku. Kelas aku start 29th Nov; which in few days to come. Aku baru bayar yuran dia pagi tadi. Mende tu dah dapat sebelum final exam lagi, tapi baru hari ni nak bayar. Due date dia esok-lusa. Kira last minute la aku buat ni. Daftar subjek pon aku buat last minute. Kesannya, ada paper yang aku x leh amik sebab kelas dah penuh cam paper 3rd Language. Dah la subjek tu makan sampai 3 sem. Maknanya, minimum aku leh abis study aku dalam setahun 1/2 lagi sedangkan kawan2 aku leh abis dalam setahun. T_T ........

Kayla.... taknak pening2. Memandangkan yuran dah setel, tunggu diorang update kat i-Student je la. Then aku leh daftar online. Huhuhuhu.... Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat masuk kelas balik kat member2 sekalian, especially kat sorang member aku yang dah 4 tahun x masuk kelas. Bukan ponteng ke hape... tolong business bapak dia. Camne la rupanya bila dia start study balik. Dah macam2 aku dan kengkawan aku bayangkan.... Contohnya, bawak lunch box ke kelas. Pastu pakai beg galas kaler2. Muahahaha.... Cam masuk tadika la plak.... Dah la, puas kitorang sakat dia. Sian lak. Papehalpon, all the best dan ingat orang yang tersayang. Huhuhu....

Anak sedare ngan sepupu aku di Hari Raya...

Saturday, November 13, 2004

Chapter 7 - The Day When Nobody's Going To Fast

Yo.... How yer fellas doing? Harap masih lengkap anggota badan yang sedia ada. Oh! Esok nak Raya. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Lepas Raya, kena masuk kelas balik. Cepat betol, cam x caye je.... Skarang nih mood nak ke kelas tuh still x datang lagi, nanti esok lusa datang la kot... Hahahaha.... Tak nak mention pasal kelas lagi, coz rite now nak concentrate menghabiskan cuti yang tinggal beberapa hari lagi. This year, aku dapat lebih banyak SMS raya berbanding last year, which I think it is somewhere between bagus dan x bagus. Bagusnya lagi banyak kawan yang ingat kat aku dan x bagusnya x feel best mcm dapat kad Raya. I dunno bout u guys, tapi aku camtu la... Excited bila dapat kad raya especially bila tengok tulisan tu comel2 (pompuan nyer tulisan). Sadly, this year langsung x dapat kad Raya. Takpe la.... SMS pon SMS la... I remember something funny happened last year. I composed this SMS Raya and sent it to one of my fren. Couple of days after that I received the same SMS from my other fren except the writing is more fancy. Then the next day, I also received the same SMS from another fren of mine. Funny huh. Cakap orang... aku pon kalau malas, hantar je SMS yang orang kasi kat aku. Pantun2 raya pon makin lama makin menarik dan kengkadang merapu. 1 of my fren here, instead of sending picture of mosque or bende2 berkaitan dgn Raya, he sent me a picture of xxx with this message, "Kad Raya gambar masjid dah abis la.. This one also can ahh...". Merapu sket tapi lawak gak.

Aku malas nak taip banyak... Tengah ngantuk akibat kekenyangan makan rendang daging untuk esok punye. Kira sneak preview la ni. Not bad la walaupon beli nyer but I'm pretty sure that this year punya much more 'umph' than last year. Pesan pada member2 dan diri aku sendiri sempena esok Raya.... makan jangan bernafsu. Huhuuhu.....

OK la.... Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Selamat menyambut Raya dengan selamat. Ni aku post pantun yang member aku hantar SMS kat aku:

Daun kemboja tumbuh melata,
Mekar mewangi dihalaman bonda,
Berayalah ke rumah jiran tetangga,
Manalah tau mereka ada anak dara.

Huhuhuhu....

Friday, November 12, 2004

Chapter 6 - The Player Of The month

As usual, every year bila nak dekat2 raya, my family akan mengadakan operasi "Ops Kasi Bersih Rumah". Every family member wajib participate, x terkecuali sorang pon. But this year perit skit, coz there's part of our house yg tengah renovate. So memang berselerak. It had been quite disadvantageous for me coz I'm the only one left at home since my bros went to work. Dua2 abang aku sama je... yang sorang tu keje time x tentu, kadang2 keje pagi dan kadang2 keje malam. Most of the time yang dia free pon disumbangkan pada TV, PS2 dan his fiancee. Yg sorang lagi, although dapat day off, ada je nak ke office. Pastu balik pon lambat. The rest of his time pon sama mcm my 1st bro, except the fiancee part. Ada la diorang nyer part yang aku kena buat. Nak marah pon abang sendri, plus aku anggap diorang hidup lagi lama, mesti lagi byk housework yg diorang pernah buat berbanding aku, kan? By the way, my father won't stop complaining pasal mat Indon yg keje tu. Katanya x senonoh sebab keje mcm x complete and x proffesional. Bagi aku, my father have the right to nag bout that since he paid them, but what do you expect from them? Totally without proper education and lack of common senses in most of their actions, our peeps still hire them coz they're the only people who's willing to do this kind of job. Berbanding dgn Chinese, they're much more cheaper tapi tu la... selekeh sket keje diorang. It's true. I noticed that kalau Indon buat keje, dtg melenggang je. Kalau nak pakai barang cam baldi katakan, sebat je tuan rumahnyer (Bukan pakai utk cuci ke hape, tapi buat angkut bata atau bancuh simen). Pastu duit mesti mintak dulu baru buat keje dan bila dah abis keje, tinggal bersepah camtu je (mcm rumah dilanggar garuda). Ciri2 ni sangat bertentangan dgn budaya keje org Cina. Bukan nak bias sesape tapi mmg btol pon (but hey! they're not perfect too, rite!).

Adeh! Result xm aku dah kuar smlm. X seperti yang aku harapkan. So, agak frust sket. Tapi itula risiko bila amik sikit paper. You either score giler ataupon flunk. In my case.... hampir2 flunk. Hehehehe (ceh, sempat gelak lagi). I've got 1 "C" for my core paper. My father didn't say much, which I'm soooo relieved. Takut kena fire ngan bapak woooo. Anyway rite now, tgh tunggu jawapan hostel lak. Leceh betol la nak buat rayuan kalau x dapat, so aku sangat2 la harap dapat walaupon participation dalam college's activities aku kurang sket last semester. Heck! Aku cuma gi skali dua je. Itupon masa AF2 datang. Hahahaha.... But that's how they evaluate us and determine whether we're going to stay or not for next sem. Siap kena sign surat "Aku Janji" lagi masa mula2 daftar tu. Payah betol la nak berjanji bende yang aku kurang minat nak buat cam ikut activiti kolej, to do that and do this.... sebab in the end, aku x dapat nak tunaikan janji2 tu sepenuhnya and that makes me a man of a broken promises. Huhuhu..... Tapi apa nak buat... Mcm Donald Trump kata dalam The Apprentice; either you hit the suite or the street. Although it's not the suite that I expected, but hey, I need a place to stay. Plus, duduk kat dalam nih banyak kelebihannya, contohnye boley klua gi kelas lambat sket, dekat ngan library, dekat ngan kelas, murah dan bleh jumpa byk member. Tapi kadang2 tuang kelas gak. Hehehehe.....

Tuesday, November 09, 2004

Chapter 5 - The Untold Tale Of The Tall


~yawn~ ngantuknyer.... Especially lepas berbuka pose. Dapat minum air manis berteguk2, mula la badan rasa berat. Pastu mula rasa malas nak gi terawikh.... But my mom quite strict bout this. Dia selalu pesan suruh gi terawikh. Selalunye aku gi la.... tapi ada gak hari2 yang aku kecundang. hahahaha...

Weird... up until 3rd quarter of Ramadhan, aku dan member2 aktif gak gi main C&C General:Zero Hour, tapi skarang ni macam dah menyepi je. Sebelum nih boleh kata setiap malam la tercongok kat CC tu, tapi skrang nih mcm 2-3 hari sekali je.. Ada gak diorang ajak aku 2-3 mlm lepas tapi aku tolak sbb nak lepak umah...takkan merajuk kot? hmmm....nah, they're too old for that.... Oh ye, pejam-celik pejam-celik tinggal 5 hari lagi nak raya. Korang dah beli ke baju raya, kasut raya, seluar raya, underwear raya, stokin raya? Huhuhu....Aku?....Ntah la. Semangat raya aku makin lama makin susut. Kalau bandingkan 5-6 thn lepas, feel raya tu dah lain. Aku x se'hype' masa aku kecik2. Dulu2, aku ingat kalau malam raya, mesti x dapat tidur sebab xcited sangat nak sambut raya. Preparation pon mesti nak complete, dari atas sampai bawah. Now, aku rasa raya ni mcm hari2 biasa je. Cuma bezanya, sedara mara dan jiran tetangga datang melawat, pastu ada la budak2 yg x kenal datang umah mintak duit raya, then rancangan TV yg bertemakan raya dari pagi sampai ke malam. Ingat lagi, dulu kalau raya je mesti TV tunjuk rancangan sarkas. X kira la apa raya pon, mesti ada sarkas. Skrg nih dah xde ek...

The picture I post above is the cover for the new THQ's WWE game. Aku mmg bagi standing ovation la kat THQ. Diorang buat game WWE sejak dari PSone lagi. Time tu bagi aku grafik mmg dah cukup dewa. X silap aku, 1st game diorang WWF Smackdown! then followed by WWF Smackdown! Know Your Role. Both games are for PSone. Untuk PS2, WWE Smackdown! Shut Your Mouth then kluar lak WWE Smackdown! Here Comes the Pain then barulah klua this one, WWE Smackdown vs Raw. Aku cukup layan game WWE nih. Skang ni aku tengah main season dia guna watak yang aku cipta sendiri dan pakai nama sendiri (apai). Orgnye aku cipta mestila tough dan ganas...takkan nak buat chubby mcm aku kot... Tapi yg x best nyer (mesti ada tapi gak...), season dia pendek sangat. Although the attribute can be carried forward, jalan cerita dia ulang balik bila season dah abih. Except kalau aku tukar2 skrip yang dia kasi la... Actually, byk yang dah enhanced daripada siri2 yang seblom nih. Kalu nak tau kena main sendiri la... By da way, aku mmg kipas-susah-mati ngan wrestling nih. Cuma sejak habis high school, dah kurang sket. My all-time favourite is Stone Cold Steve Austin. Bagi aku, dia mmg superb although dia dah x bergusti lagi. Aku ingat lagi masa form 1 sampai form 3, abis skolah je aku ngan member sekelas lepak kat umah kawan aku. Parent dia keje, so dia tinggal sorang je kat umah. Kitorang jadikan umah dia sbg port tmpt letak beskal la, tempat berjumpa sblom gi mana2 dan salah satunya, tmpt kitorang layan wrestling. Dia ngan bapak dia kaki wrestling, so mesti ada punya la tape wrestling kat umah dia. Then bila masuk asrama, masa nak dkt2 akhir tahun tu slalu fly seberang jalan time mlm2 sbb nak layan wrestling. Mula2 tu 2-3 org je, pastu sedar x sedar dah penuh kedai tu ngan kitorang je. Heheheh.... Dalam kelas lak ada kaki wrestling cam aku, mmg kalau bosan2 waktu prep tu bergusti la kitorang dalam kelas. Masing2 ada killer finisher tersendiri. Hahaha... Senyum sengsorang lak aku bila ingat balik crite2 tu. Skang ni member aku yg study kat UK kalau WWE datang sana je mesti nak gi tgk. Last time dia pergi dalam 4 bln lepas. Just before diorang nyer break. Sanggup balik M'sia lmbt sbb nak layan PPV. Dia kata tiket tu mahal, tapi puas hati la... Nyesal lak aku x pegi diorang nyer show masa diorang datang M'sia dulu. Bukan apa, x de member nak gi sama. Bila lagi diorang nak datang pon aku x tau...

Thanx to ==/\/== for your comments. Aku cuba carik html code for chatbox. Actually dah jumpa, tapi blom explore lagi.

Saturday, November 06, 2004

Chapter 4 - The True Color Of His Act

はじめまして! Finally, I’m fully recovered from the devastated flu. Lega rasanya, cuma takut2 nak keluar time tangah hujan. Bukan nak kata kalau kena hujan PASTI demam, sebab kalau dah Tuhan dah nak kasi kita demam, demam punye la…tak kisah la kena hujan ataupon x kena, rite? Lain orang, lainla gayanya. Cam aku, ada masanya kalau kena hujan pastu lak bersin2…maknaknya nak selsema la tu… cam member aku lak, kalau x main basketball satu hari boleh pening2 kepala ngan selsema. Weird huh? Well, I hoped u guyz out there dapat jaga kesihatan korang tambah2 lagi nak dekat raya nih sebab skarang M’sia tangah dok musim hujan. Generally, the rainfall outlook for M’sia from Sept 04 until March 05 is expected to be normal to slightly normal. Due to continued warming in Central Pacific Ocean, there’s a moderate possibilities of a weak El Nino developing in early year of 2005. Harap masa wedding abang aku bulan 12 ni x hujan la….

~sigh~…. Yesterday, result of democracy in US had favored to G. W. Bush. Actually, I’m not into both candidates. One is pro-yahudi and the other one is war-maniac. Seperti report dlm paper, sape menang pon x mengubah apa2. Kedua2nya pon akan mendatangkan masalah nanti. Namun punca kemenangan Bush sbb media dan pemikiran msykt US sendiri. Rumah putih dah issued few warnings regarding the dangerous that they will face (terrorist act in particular) and therefore, they choose to stick with their war-president. In simple words, by promoting fear dengan menggembar-gemburkan through media, diorang dapat pegang vote. hmm.... Other factors were the moral value including gay marriage dan pemilikan senjata. Those people just being paranoid and phobia… Malas ah nak cakap, Cuma diorang nyer election this year bleh tahan la hyped. Aku perasan dalam paper 1-2 minggu lepas, ada gambar Paris Hilton pakai T “Vote or Die”. Reason is, to remind US citizen to vote. The funny thing is, she didn’t even register to vote. Hampeh betul la pewaris Hilton nih. Aku ada gak tengok cerita dia ngan Nicole Richie , ‘Simple Life’. Kononnya nak prove yang diorang ni bleh hidup simple sambil ringan2 tangan tolong family angkat, tapi super hampeh. Bukan saje berat tangan malah menyusahkan orang sekeliling. I don’t know whether they’re purposely act childish or mischievously or they just being themselves just like any typical anak orang kaya kat Europe sana. Tak caya tengok cerita lepas tu kat Astro (Thursday, channel 70, 9.30 pm), ‘Young, posh and loaded’. Yer rite, loaded with crap!

Few days ago keluar cerita pasal 2 beranak yang mati dilangar keretapi sewaktu tangah cakap tepon. Kenapa dia cakap tepon kat atas landasan keretapi? Sebab kat Machang cuma di atas landasan keretapi, atas pokok ngan atas bukit je yang clear reception handphone. We were questioning, why Telcos (Company yang dapat tender buat pencawang) x pasang pencawang kat kawasan2 pedalaman. Sebab x economical ke? Therefore, untuk mengatasi masalah mcm ni, especially after what had happened, starting next year banyak lesen akan dikeluarkan kpd sykt2 telekomunikasi utk membuat pencawang sendiri di negeri masing2; meliputi kawasan berbukit, hutan, bandar dan luar bandar. Cam biasa, sebaik saje satu2 tragedi berlaku barulah pihak berkuasa mula bukak mata. That’s how most things work in M’sia. Sad but true.

Wednesday, November 03, 2004

Chapter 3 - The Untouched Cloud

もし もし.... Aku masih selesema lagi dan rasa kepala dok pening2 sket. Aku rasa post-effect selepas main Battlefield Vietnam 1942 semalam ngan member2 aku. Aku mmg xleh nak main game2 camtu walaupun seronok dapat bunuh member2 aku (dalam game tu la). Hahahaha… Adeh! peningnye…. Paracetamol aku dah try tapi still tak ok-ok lagi. Maybe I need to take some Clarinase. Need to wait till my dad come home, bcoz I can’t find any in the kitchen, plus he always keep some in his bag. Anyway, kenapa la diorang x bukak farmasi kat shop-lot belakang umah aku nih…. Tapi banyak lak lemak kalau semua nak ikut selera aku je… hehehe

“Kita mampu….. Marilah kita 7 sekeluarga…. Bla…bla…bla….. Encik sudah cakap banyak, ni saya kasi air kotak….. Soya bean takdak ka?”. Hehehe, korang mesti ingat aku merapu ntah apa kan…. Sebenarnya, tu keratan iklan Toyota Avanza yang tengah tunjuk kat TV skarang. Somehow, aku x berapa suka tgk iklan tu, menyampah pon ada. Tapi nak cakap pasal kereta tu, a unit of Toyota Avanza is cost not more than RM 63k (1.3 Auto in Peninsular Malaysia). Yerp. U heard me right… For me, it’s quite cheap for a MPV. Aku baru tau yang Toyota ‘manufacture’kan kereta tu kat kilang kereta Perodua. . What makes it cheap is the fact that they’re using Perodua’s spare-part. No wonder la… Cousin aku sedap2 je cakap yang Toyota nak takeover Perodua (ye ke…?). Aku rasa dia silap dengar tu kot. So, I asked my brother, “Kalau camtu, senang remuk la Avanza tu karang cam Kancil” (no offense, mmg betul pon. I’ve experienced it myself couple of times). Abang aku cakap maybe spare-part je Perodua nyer, body pakai Toyota nyer. OK gak la kalau camtu. The price is said as affordable, tapi mampu ke aku nak beli? Huhuhuhu……

Mention about advertisement, aku teringat iklan kat radio Era. Not any regular product or brand ad, tapi iklan pasal kesedaran masyarakat terutamanya kepada pemandu2 kereta kat M’sia ni. Apa yang terkandung dalam iklan tu, seolah2nya ada mamat tu tengah meluahkan rasa panasnya sebab the other driver x angkat tangan kat dia lepas dia kasi driver tu overtake. I’m bit curious, takkan mende tu pon nak kena ajar, rite? Kita kena paham2 sendiri la… It’s sad to think how concern-less SOME M’sian drivers are. Well, M’sians are sensitive. Things such as being respect and being acknowledge adalah sangat penting. We want to feel appreciated by doing something good, contohnya cam berhentikan kenderaan utk kasi org lain jalan then org tu senyum dan angkat tangan kat kita. Kan best camtu. For me, in order to get that, we first need to give some of those. Maybe there was time yang kita lupa bende2 macam ni sebab leka ngan bende lain. That’s one of the reasons why those kinds of advertisement were aired. Untuk sering mengingatkan kita agar menjadi lebih prihatin.

Tuesday, November 02, 2004

Chapter 2 - The Agitate Shadow

もし もし.... how u guyz doing? skarang aku tengah selsema... sebab tu kurang aktif sket. Few days before, aku ngan family aku pegi melawat adik aku kat Pasir Salak. She's going to sit for SPM this year. Siannye, dia kena selsema....tapi aku rasa dah ok kot. BTW, we'd stayed at Teluk Intan for a night then esoknye baru balik ke KL. Teluk Intan terkenal ngan menara condong yang mcm leaning tower of Pisa kat Italy sana, tapi versi yang ni kurang condong sket. Aku rasa cam ada orang tinggal kat dalam menara tuh, sebab nampak ada mamat tengah sidai kain baju kat balkoni menara tu. Maybe orang yg dok buat keje2 maintenance kot... Pasal pekan dia, x la besar sangat and the most happening shopping complex there is Fajar ngan Billion. Time aku gi tu mmg crowded, yela...satu2nya shopping complex yang ada katakan... 1 thing yang aku suka gi sana, masa lalu kat Kg Gajah which is located 2-3 kms from Pasir Salak kalau ikut Tapah. Situ terbentangnya sawah padi yang nun menghijau. Secara jujurnya, aku mmg enjoy scenery tu. Macam gambaran aku masa kecik2 dulu; kalau masa kelas art kena lukis gambar permandangan, mesti ada bukit-bukau, sawah padi dgn matahari. But I questioned myself, sempat ke anak cucu aku nak tgk permandangan macam nih?? 10 to 20 years from now, surely x byk tempat2 mcm ni lagi. No doubt yang “bersawah” ni the most important part in M’sian agriculture sector but who knows in years to come, semua sawah padi diorang letak dalam rumah hijau. Camne lak rupanya karang….

Semalam lak gi temankan mak aku ke Jalan Masjid India. Walaupun demam, sanggup gak ikut… anak yang baik katakan. Anyway, the first word that came out of my mouth was, “Wow”. Banyak giler yang berubah. Sebab dah lama x pegi sana, in fact, the last time aku gi sana pon masa Ramadhan tahun lepas. Kemeriahannye still sama. Tempat pon dah cantik sket. Dulu kat Jalan Masjid India, bersepah taik burung sampai nak jalan pon geli. Tapi skarang dah xde lagi sebab DBKL dah letak bumbung canopy mcm kat Petaling Street tu. Peniaga yg kat depan masjid tu pon nampak dah organize sket. I think DBKL did a great job by providing them rak2 utk meniaga. X de la peniaga2 yang ‘overspace’kan perniagaan diorang. Senang skit orang nak lalu-lalang. Another thing, member aku cakap awek sana cun-cun belaka sampai dia dah naik seronok follow member aku gi sana. Aku tengok kebanyakkan diorang ni cam datang dari pantai timur. Cik mek molek yang mmg molek dipandang tapi kureng molek didengar. Sebab bila dengar diorang speaking Kelantanese sesame diorang, mmg sepatah dua je yang aku tangkap, yang lain haram x paham. Hahaha…. Satu lagi yang aku perasan, mamat2 peniaga yang x pose (bukan semua ek). I was watching this fella and I noticed yang dia nih tunduk lain mcm je. Aku ingatkan sakit perut ke hape, rupa2nye tgh layan air tin. Hampeh betul. Aku ada baca kat blog member aku yg dia dah x heran tengok mamat2 cam nih kena cekup sebab x pose. Aku pikir esok lusa kena la tu kot…. Ah! aku lupa lak nak tanya member aku kat mana gerai mak dia. Mak dia meniaga brooch kat situ. Dia promote yg brooch mak dia cantik2. Mmg betul pon sebab aku pernah kutip 1 brooch yang worker mak dia tercicir kat depan umah dia. Aku pon dah x ingat kat mana aku letak mende alah tu. Cantik mmg cantik, tapi bukan aku boleh pakai pon…

Anyway, to my sis…. がんばって ください! ( Ganbatte Kudasai! @ good luck!)

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody