Wednesday, May 04, 2005

Chapter 28 - Man -vs- Car; "Dude, Where's Your Eye?"

Nak diceritakan, beberapa hari lalu... aku balik dari bermain basketball kat UIA. Kebetulan member aku follow balik sama sebab dia nak pinjam cerita F.R.I.E.N.D.S dari aku. Sampai umah, aku park kancil aku(Mak aku punya...) blakang kreta Iswara(Mak aku punya gak...) kat tepi umah aku(Mak ngan ayah aku punya...).Time tu dalam pukul 7.45 pm, lepas kasi vcds tu aku lepak jap kat blakang umah ngan member aku; sembang2 sket. Tgh dok asyik sembang, tetiba je dengar bunyi kaca pecah diikuti ngan bunyi alarm keta kancil. Kalih2 nampak sorang bdak bawak beskal dok meng'aduh' kat tepi keta kancil aku. Cepat2 aku tahan bdak tuh sebab nampak gayanya cam dalam posisi mengayuh nak cabut. Member dia awal2 dah memecut ala2 Lance Armstrong ntah kemana... Aku tgk lutut dia dah berdarah, ala...luka kecik je. Tengok kancil aku, tail-light dah pecah. Hmmmm...dah la penat main basketball, tau2 balik kena mende cenggini. Mana x hangin. Tapi hangin2 pon aku cuba reasonable la jugak. Ikutkan manual samseng jalanan memang dah kena dah bdak nih. Aku takat gertak2 sket je... Pastu aku tanya nombor tepon bdak tu, dia pon kasi la.... Pastu dia cakap nak balik panggil bapak dia, aku pon lepaskan....

Tip #1 - Jgn lepaskan pesalah sebegini tanpa bahan rampasan sebagai cagaran bahawa dia akan datang kembali. Kalau dia bawak wallet, simpan IC dia. Kalau dia bawak beskal, simpan beskal dia. Kalau dia bawak beca, simpan beca dia. . Sruh dia menapak balik umah....

So...tunggu nyer tunggu, dia tak muncul2 gak. Pastu aku kasi no tepon bdak tuh kat mak aku.

Tip #2 - Kenal pasti pesalah....Tengok IC dia, mana tau dia adalah anak jiran sebelah umah anda ataupun mempunyai hubungan bau-bau bacang dengan anda. Kena tau katne dia tinggal.

Mak aku pon tepon la nom tuh.....

Tip #3 - Jgn percaya 100% nom tepon yang pesalah kasi. Kalau nak lebih confirm follow dia balik umah dia. Of course, bawak la kawan yg tough2 sket sbb kalau dia tipu bleh beduk dia on the spot.

Nasib baik la nombor tuh betol. Turn out, bdak tu cucu kawan mak aku. Rupa2nya, bdak tu and family x tinggal kat situ, sebab ada umah sendri kat Sri Gombak. Bdak tu lak balik x cakap apa, trus balik umah dia ngan ayah dia. Nenek dia pon nak tau gak camne leh jadi cenggini, dia pon tepon la bdak tu. Bdak tu pon crite yang keta langgar dia. Muahahaha..... Mak aku cakap yang keta tu dok diam je kat tepi umah x berganjak2 pon, lagipon kalau keta langgar dia xdenye luka sket2 camtu.

Kata orang, "Nenek mana yang x sayang cucunya"....Damn wrong. Nenek dia langsung x caya crite bdak tu. Hohohohoho..... Last2, bapak dia settle sendri ngan aku. Bapak dia beli part yang pecah tu pastu datang pasang sendri. Settle problem..... tapi yang misterinye, camne bdak tu bleh langgar keta aku... high ke hape???

No comments:

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody