Wednesday, June 01, 2005

Chapter 36 - Monsoon's Wedding

Selamat Pengantin Baru kepada kawan aku yang bernama Monsoon(bukan nama sebenar, Sherry pon bkn nama sebenarnya). Majlis kahwinnya telah dilangsungkan pada Sabtu lepas. Sebagai kawan (atau mangsa), kami pergi la meringankan tangan menolong sekadar yang termampu. Alkisah jadilah kami waterboy ngan buzzer kenduri tuh. Pa, midi, qayyum, panjang, aku, faiz n fa'zah telah sudi menjadi kuli pada hari tersebut. Midi, aku ngan panjang incharge dalam department air, sekaligus memastikan tiada siapa akan kehausan sepanjang kami bertugas. Walaupun tiada pulangan yg menarik bertugas kat department air, tapi dapat usha awek ngan dapat minum sesuka hati. Tugas mengelap cawan basah mmg sukar. Sambil mengelap, aku kena pastikan cawan kering sambil memberikan posing yang terbaik agar awek2 turn-on tgk posing aku mengelap cawan. Midi dah jelous dgn jawatan aku yg lebih glamer dan lebih menangkap mata hadirin. Tugasnya sebagai pemindah cawan yang sudah dibasuh keatas meja lebih low-profile dan x glamer. Sian ngko....

Pengantin hadir dengan serba biru. Namun langit x sebiru baju melayunya. Kusangka panas hingga ke maghrib (sbb nak main basket sekali ptg tu), rupanya hujan di tengah kenduri. Hujan amat lebat dan menyukarkan pa dan qayyum selaku buzzer utk menjalankan tugas. Last2 diorang lepak kat tempat air je sambil bergelak ketawa. Lebat2 pon monsoon masih gembira. Ye la...hari nak tayang bini. Lepas ni simpan kat dalam bilik je la.... Walaupon mukanya rakus dan ganas, tapi masih terpancar riak2 kasih dan sayang( xleh kutuk je, kena puji sket. Takut kena tala). Kek kahwin yang serba biru dan sedap tu turut menghiasi muka aku dek dicalit bdak2 nih. Semua pasal panjang kasitau bday aku hari tu. Siot btol. Dah cam pucat mayat muka aku. Nasib baik kek, kalau telur kenduri menjadi bahannya; alamatnya lebam2 la aku. Telur rebus keras dowh.. Walaupon x pernah kena, tapi kalau kena sebiji mmg sakit. X caya try suruh adik atau abang baling telur rebus kat korang.

Dahla... penat tu penat jugak, tapi makan sedap. Ayam goreng kenduri monsoon mmg sedap. Kawin la lagi monsoon, bleh makan ayam goreng lagi. Muahahahaah...

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody