Until 9th month, we were religiously visits the Gynae on monthly basis. We chose Damansara Speacialist Hospital atas faktor rekemendasi dari keluarga dan juga testimonial mereka yg dah pergi. Rata2 derang ni keluarga juga. Cuma risau aku satu, yakni KOS. Ternyata lepas survey, DSH merupakan hospital yg mengenakan kos perubatan yg tertinggi di lembah pantai.
Gila load bos2 KPJ ni
1. KPJ DSH2. KPJ Bangsar
3. Tropicana
4. KPJ Ampang
Usah bubuh Glenmarie dalam list, sbb survey2, xde sape kot beranak kat situ kecuali kerabat diRaja. Sama juga dengan Prince Court. Konfem mahal xhingat. Baik beranak dalam court badminton saje.
Our usual visit costing us averaging RM200. Mesti ada file charge sebanyak RM5. Paling murah tanpa ubat adalah RM 135. Doktor yg aku 'subscribe' ni usually charge RM80 utk consultation. Procedure seperti ultrasound kena charge around RM50. Tapi kalau ada blood test tu harga utk lab agak mahal. RM 300 kalau tak silap. Selama 9 bulan, 14 kali appointments, 1 blood test, 1 extended ultrasound. Kalau ada hati nk ke situ, sila la prepare wallet anda utk koyak sikit.
Cerita tentang kos lahir, harga berbeza utk 3 jenis kelahiran.
1. Normal delivery
2. Induced delivery
3. C-Sect
1. Normal delivery
Deposit dalam RM 3k dan kos akhirnya usually dalam RM 4k - 5k.
2. Induced delivery
Deposit dalam RM 5k dan kos akhirnya usually dalam RM 6k - 7k.
3. C-Sect
Deposit dalam RM 8k dan kos akhirnya usually dalam RM 8k -9k.
Selama kami pergi regular checkup, semua best. Posisi plasenta, posisi anak, air ketuban.. Semua sihat walafiat. Masuk je 3 minggu before due date, doktor perasan blood pressure tinggi sikit. Semua ni bagi aku mostly contributed dari anxious dan saspen. Even small2 thing can increase the pressure. Since that checkup, kami visit doctor selang 2 hari. Macam2 dah cuba, MC satu minggu x jalan, minum belimbing x jalan, jaga makan pon x jalan.. Masuk kali ke-3 appointment, doctor advised esoknya admit hospital, lusanya induced.
Proses induced ni merupakan stimulation kepada uterus untuk contraction. Sebiji tablet akan dimasukkan kedalam serviks dan within 2 hours, contraction semakin kuat. Tujuannya untuk mempercepatkan kelahiran bila contraction semakin kuat dan menolak bayi untuk engage dan seterusnya turun ke pelvic station yg sesuai utk labor. Bila bayi dah sampai ke pelvic station -4, boleh kata bayi dah nak keluar sangat.
Unfortunately, 2 kali induced utk bini aku, pintu rahim xbukak2. Pressure makin tinggi dan doctor advised utk C-Sect. Tengahari 17 Oct, wife masuk OT, anestetik bagi epidural utk kebaskan waist-down. Doctor buat horizontal incision just below belly button, and 10 minutes later, bayi aku pon keluar. Nurse immediately buat initial test, ntah apa yg dia cucuk, bayi pon menangis.. That was a magical moment. No parent will forget that. Selesai test semua, nurse bagi bayi kat aku utk diazankan. Lelaki keras macam mana pon pasti akan menitiskan air mata jantannya. Alhamdulillah.. Doktor pon kata xde complication, bayi pon OK, perut wife pon sudah dijahit, bayi dihantar ke nursery untuk further checkup sementara derang siap2 wife aku utk dihantar ke bilik wad. Opah dan atuk dah menunggu luar pintu OT trus sambut dan usung bayi ke nursery. Lupa lak kat anak kat dalam OT tu. Haha..
Since C-sect, pesakit usually akan tinggal sehari lebih di ward supaya doktor boleh check luka jahitan. Kosnya pon lebih la sedikit. Tapi kami stay 2 hari lebih dari sepatutnya sebab doktor diagnose bayi kami kekuningan. Tak banyak, lebih sikit je dari 10 point; 10.6 point to be exact. Usually doktor bagi balik kalau kuning < 10. Xpelah, janji anak sihat.
Selama 5 hari di DSH, servis mmg tiptop, walau kadang2 tu ada lambat sikit. Tapi nurse xkekok, cekap dan easy to communicate with. Worth every single dime? For me, if my baby is healthy and fine, it worth all my wealth (even though im not that wealthy).
Tido macam daddy
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment