Sunday, November 27, 2011

Chapter 267 - A Second Longer

Tertarik dengan kes baru2 ni melibatkan Yuna terpaksa memulangkan trofi Lagu terbaik AIM 18. So much fussed made over this. Penyokong2 Yuna seperti dirasuk menghentam AIM. Pada aku small matter. Kenapa ada recount? Sebab logik x kalau lagu yang sama dipertandingkan dalam kategori pop dimenangi oleh Anuar Zain Sedetik lebih, tetiba la pulak juara keseluruhan Yuna Penakut menang? Ni bukannya macam bolasepak yg mana sesebuah pasukan tu boleh menang Champions League, walaupon dia bukannya top dalam grouping stage. Prestasi pemain mungkin berubah2 dan menjadi lebih baik. Tapi lagu tu sama je sejak belom kira undi sampai la abis kira undi.

Katanya, industri ini dipolitikkan bilamana org kuat AIM iaitu Norman KRU ni abang kepada pencipta lagu Sedetik lebih iaitu Edry KRU. Not a strong case for me. Yang kira undi tu pon external audit from Ernst & Young. bukan calang2 company tu. International OKay. Tapi still salah kira. Or maybe ada orang dari E&Y yg nk Yuna menang? Never think bout that?

Lebih tiau bile Pengarah harapan FFM yg lepas dimenangi oleh Jurey. Sape dia ni? One of the komiti dalam FFM itu sendiri. Wicked right? Macam kau buat pertandingan tapi kau bertanding sama.

Kembali kepada Kes Yuna, aku siap stream lagi lagu dia. Legend sgt ke smpai layak menang AIM? Bila dengar tu, Oooookay la. Xde la sampai rasa nk dengar 2-3 kali. Tapi kalau Sedetik Lebih, memang xyah cakap la.. Aku rasa Yuna pon feeling2 pink dengar lagi tu. Jangan nk tipu la kata tidak. Melodi Penakut tu memang typical Yuna; penyampaian santai dan meleret, teringat pula pada Norah Jones. Sedetik Lebih lebih kepada fantasikal love story dengan accompanying instrument yang baik.

Bila melihat pada lirik, aku tetap pilih Sedetik Lebih. Mudah; sebuah puisi yg mengekspresikan cinta. In the other hand, people seldom said songs are best self expressed and that what Yuna did. He managed to put his frustration and doubt in words. Sad songs are the best because they truly come from heart and most of us understand how that feels like. However, i prefer love than hate this time.

PENAKUT

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Yg best tu siap special mention dek Boboi dalam Maharaja Lawak Mega minggu 5. Vid below:
http://www.youtube.com/watch?v=IEs27wkNh7U

I dont like Sharipah Amani, the way she commented the issue making her looked stupid. Read and analyze the situation b*tch!

Friday, November 18, 2011

Chapter 266 - Baby.. Baby.. Baby Oooo

Tsk Tsk Tsk... Bukannya lagu Justin Bibir yg nk aku kisahkan, tapi rezki yg dikurniakan Allah pada aku dan keluarga. Alhamdulillah, pada 17 Oct yg lepas mak ayah aku dapat cucunya yang ke 5, keluarga mertuaku menyambut cucu yang pertama dan seharusnya aku dan isteri menyambut putera kami yg pertama. Scan seawal bulan keempat dah boleh menunjukkan jantina fetus dalam perut ibu. Although there are cases which doctor mis-looked the umbilical cord as a penis, but in our case, the doctor showed us the umbilical cord which was attached to the placenta, then slide downward to get the bottom view, and EUREKA! there's the fetus's penis. Rezki Allah, xpeduli la yg diminta itu perempuan atau lelaki, bila dah tau jantinanya, lupa semua itu. My honest opinion, better pergi ke klinik swasta atau specialist rather than Govt. Bukan nak condemn, tapi consistent-speaking, private clinic is better. Ada kes kawan yg jenuh ultrasound di govt clinic, tapi jantina baby xnampak2. Berkali2 pergi, hasilnya sama saja. Bukan nak kata tau jantina itu penting, tapi teknologi disebalik ultrasound itu sendri. Kalau dah doktor sendri xnampak result ultrasound tu, imagine kebarangkalian doktor akan terlepas pandang benda yg lebih penting, seperti kedudukan placenta, kedudukan fetus, volume air ketuban ataupun ketumbuhan! Clinic yang aku pergi tu, mesinnya boleh view 3D lagi. Bulan keenam dah nampak rupa budak tu. Dalam 9 bulan ni aku perasan 3 mesin Ultrasound yg berbeza. Each time, bertambah canggih mesinnya!


Until 9th month, we were religiously visits the Gynae on monthly basis. We chose Damansara Speacialist Hospital atas faktor rekemendasi dari keluarga dan juga testimonial mereka yg dah pergi. Rata2 derang ni keluarga juga. Cuma risau aku satu, yakni KOS. Ternyata lepas survey, DSH merupakan hospital yg mengenakan kos perubatan yg tertinggi di lembah pantai.

Gila load bos2 KPJ ni

1. KPJ DSH
2. KPJ Bangsar
3. Tropicana
4. KPJ Ampang

Usah bubuh Glenmarie dalam list, sbb survey2, xde sape kot beranak kat situ kecuali kerabat diRaja. Sama juga dengan Prince Court. Konfem mahal xhingat. Baik beranak dalam court badminton saje.

Our usual visit costing us averaging RM200. Mesti ada file charge sebanyak RM5. Paling murah tanpa ubat adalah RM 135. Doktor yg aku 'subscribe' ni usually charge RM80 utk consultation. Procedure seperti ultrasound kena charge around RM50. Tapi kalau ada blood test tu harga utk lab agak mahal. RM 300 kalau tak silap. Selama 9 bulan, 14 kali appointments, 1 blood test, 1 extended ultrasound. Kalau ada hati nk ke situ, sila la prepare wallet anda utk koyak sikit.

Cerita tentang kos lahir, harga berbeza utk 3 jenis kelahiran.

1. Normal delivery
2. Induced delivery
3. C-Sect

1. Normal delivery
Deposit dalam RM 3k dan kos akhirnya usually dalam RM 4k - 5k.

2. Induced delivery
Deposit dalam RM 5k dan kos akhirnya usually dalam RM 6k - 7k.

3. C-Sect
Deposit dalam RM 8k dan kos akhirnya usually dalam RM 8k -9k.

Selama kami pergi regular checkup, semua best. Posisi plasenta, posisi anak, air ketuban.. Semua sihat walafiat. Masuk je 3 minggu before due date, doktor perasan blood pressure tinggi sikit. Semua ni bagi aku mostly contributed dari anxious dan saspen. Even small2 thing can increase the pressure. Since that checkup, kami visit doctor selang 2 hari. Macam2 dah cuba, MC satu minggu x jalan, minum belimbing x jalan, jaga makan pon x jalan.. Masuk kali ke-3 appointment, doctor advised esoknya admit hospital, lusanya induced.

Proses induced ni merupakan stimulation kepada uterus untuk contraction. Sebiji tablet akan dimasukkan kedalam serviks dan within 2 hours, contraction semakin kuat. Tujuannya untuk mempercepatkan kelahiran bila contraction semakin kuat dan menolak bayi untuk engage dan seterusnya turun ke pelvic station yg sesuai utk labor. Bila bayi dah sampai ke pelvic station -4, boleh kata bayi dah nak keluar sangat.

Unfortunately, 2 kali induced utk bini aku, pintu rahim xbukak2. Pressure makin tinggi dan doctor advised utk C-Sect. Tengahari 17 Oct, wife masuk OT, anestetik bagi epidural utk kebaskan waist-down. Doctor buat horizontal incision just below belly button, and 10 minutes later, bayi aku pon keluar. Nurse immediately buat initial test, ntah apa yg dia cucuk, bayi pon menangis.. That was a magical moment. No parent will forget that. Selesai test semua, nurse bagi bayi kat aku utk diazankan. Lelaki keras macam mana pon pasti akan menitiskan air mata jantannya. Alhamdulillah.. Doktor pon kata xde complication, bayi pon OK, perut wife pon sudah dijahit, bayi dihantar ke nursery untuk further checkup sementara derang siap2 wife aku utk dihantar ke bilik wad. Opah dan atuk dah menunggu luar pintu OT trus sambut dan usung bayi ke nursery. Lupa lak kat anak kat dalam OT tu. Haha..

Since C-sect, pesakit usually akan tinggal sehari lebih di ward supaya doktor boleh check luka jahitan. Kosnya pon lebih la sedikit. Tapi kami stay 2 hari lebih dari sepatutnya sebab doktor diagnose bayi kami kekuningan. Tak banyak, lebih sikit je dari 10 point; 10.6 point to be exact. Usually doktor bagi balik kalau kuning < 10. Xpelah, janji anak sihat.

Selama 5 hari di DSH, servis mmg tiptop, walau kadang2 tu ada lambat sikit. Tapi nurse xkekok, cekap dan easy to communicate with. Worth every single dime? For me, if my baby is healthy and fine, it worth all my wealth (even though im not that wealthy).

Tido macam daddy

Alhamdulillah.

Friday, November 11, 2011

Chapter 265 - Two Became Three

Hola.

Keji kan aku update 2-3 bulan sekali. Banyak yang aku nk update, tapi selagi aku xcover holiday aku ke Korea aku rasa xflow pulak. Sudah tentu aku kehilangan banyak pembaca tegar (mmg dah sikit pon to start off), tapi aku coba lebih komited utk update blog. Lebih dan kurang sejak Mac yg lepas, aku x update apa2, that means satu lobang yg besar untuk di isi. 8 bulan tu baiii... Life aku seperti biasa. Kehidupan berumah tangga. Commit pada isteri, keluarga in-laws dan keluarga sendiri. Isteri aku yang baru 2 bulan pregnant masa ke Korea tu dah selamat melahirkan anak lelaki pada 17 Oct. Last update baby dalam perut sampai baby dah kluar! Hmm.. ada entry khas utk kelahiran anak lelaki aku kelak..

Byk yg berlaku dalam 8 bulan ni baik di dalam atau di luar negara. Bersih 2.0 rally, Utoya Island massacre, Uprising in middle east, death of Muammar Gadaffi, Serbuan JAIS di majlis murtad DUMC, pass away of Ahmad Jais, Ekonomi Dunia merudum, Silvio Berlusconi resigned, Palestine accepted into UNICEF, Doktor MJ found guilty dan yg terbaru, Seksuality Merdeka..

Aku? Aku dah tukar kerja. Dah tak lagi dengan HedgePee.. Skrg ni dengan ETienTi. Ngee.. masyuk sket walaupon sama jauh dengan tmpt kerja lama. Yg penting ada kerja, boleh tanggung anak bini.. Jauh ke dekat ke, telan je la..

Ciao~

Tuesday, November 08, 2011

Chapter 264 - Fly to Seoul Part VI

Last Day

It's our last day in Seoul. Sad, but we bit miss our home. We head to Myeongdong for a stroll as we're looking for infant's clothes. walking around at the underground bazaar, we ended up at Namdaemun. The other side of Namdaemun, the side whereas tourists have less urge to shop, as the place is more like Petaling Street. Short word, thugs. We however stumbled upon a small mall selling only children's clothing. Lucky us. We felt like buying everything, but we're not millionaire. We bought necessarily and head away to Myeongdong again. Since we didn't get to climb Seoul Tower, which was a bummer! I took a picture of it only.

Since I arranged a late checkout, we just spent our time mostly in Myeongdong. Back to the hotel, we packed and I arranged for the 1st class trip back to KL. It was on promotion by the way. Adding only 200 each, i think that was a good bargain.

Arriving at the Airport, we vouch back the balance in our T-card, a quick tour of the airport, checking in and restless wait for the flight. The 1st class arrangement was a bit delayed due to the system, but we managed to see it through. It was worth the wait and pay. Though we slept over the journey, that was the indication of how comfy the seats are.

Saying goodbye to the great city is hard. I really enjoyed our time there even though my wife was having hard time coping with the weather and the geography. Saying that though, we still looking for our future chances to visit the beautiful city.

End.

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody