Wednesday, December 16, 2009

Chapter 238 - Lied!!!

Entry xbergambar.. entry xtertib.. entry kalauNkTerasa,SilalahTerasa.. entry xpuasHatiMaksima..

After weeks of ketandusan idea, finally i got something to bitch about. Work.

"Agak dah", kata korang.

Apakah perasaan anda bila dipaksa menjual barang yang sucks big time? dipaksa menyakinkan pelanggan bahawa barang yang sucks big time tu bagus dan elok? anda benci bukan? Aku benci, tapi dipaksa buat jugak. sebab nak dapur dirumah berasap.

Apabila barang yg sucks big time tu bernilai 13.5 juta hinggit, tentu manager anda akan panas bontot kalau customer's dissatisfaction growing.. sebab customer anda tu bukan calang2 orang. silap2, syarikat busuk nama, worse, xleh nk jaul barang lagi dah kat sesapa... bila itu terjadi, tokey syarikat setentunya akan kerat leher manager tu dan orang2 yang sewaktu dengannya.

Daripada 13.5 juta hinggit tu, aku rasa secara roughly, syarikat dah sapu paling kurang 5.2 juta hinggit. diulang, PALING KURANG.. bagi barang busuk ni saje tau, banyak lagi barang2 lain.. tapi aku akui yang barang2 lain semua elok2.. barang ni saje OK.. jangan nk speku lebey.. tapi, kira banyak la 5 juta hinggit.. sampai mampu pindah ofis, mampu pegi cuti sana sini dan mampu membeli motokar berjenama haiwan yang datangnya dari keluarga kucing. keluaran 2007 OK, bukannya keluaran yang lama2..

bila customer mula perasan barang sucks big time, jurujual lah yang disalahkan.. padahal pengeluar barang sucks big time keluaran India n pengedar (syarikat ni) mcm innocent abih. bukannya customer bodoh.. tapi gamaknya follow the flow la menyalahkan jurujual2 ni..

mula cerita 2 tahun lepas, di'interview oleh AJK2 syarikat yakni AJK projek, manager dan AJK pegang duit. maka resultnya hendaklah aku menjual barang di Kuala Lumpur, tapi atas sebab aku ni gentleman, aku offer diri menjual di port dickson. telah aku nyatakan ketika sesi interview tu yang aku masih belajar. nk pegi jauh2, sesakla poket. PD ke Shah Alam mau 125 km ikot jalan lama, 150 km ikot lebuhraya.. minyak dan tol menjadi ukuran.. tapi AJK2 ni janji nk bagi pampasan, yang mana janji2 ni ditepati.. tapi, xde daily allowance. pelik bukan? mana2 projek yang pegi site, xkesahla duduk kejap ke, lama ke.. mesti ada allowance. tapi aku xberkira sangat masa tu sebab masyuk claim minyak pegi kelas.. bodoh jugak aku.

jahat xjahat la:
  • amik org yang tinggal kat Alor Setar menjual di Alor Star supaya jimat kos penginapan dan allowance. sebab mamat tu duduk situ... la la la.. jahat!
  • xleh claim parking and milage kat kawasan byk2 opis di putrajaya sbb jarak umah ke ibupejabat dan tempat menjual di putrajaya dah kira sama jauh... la la la.. jahat!
  • aku je dapat tanggungan tempat tinggal sbb aku bukannya datang dari PD, tapi jurujual berdua lagi tu xdapat pon sbb tmpt tinggal dan tempat menjual xjauh.. la la la.. jahat!
  • xde claim harian.. sebab disuruh anggap tempat menjual ni sbg ibupejabat. busuk2 pon bagi la 10-20 hinggit sehari ke.. la la la.. jahat!
dalam 5 bulan terakhir ni, AJK projek dan manager sudah berhenti. AJK projek dan manager baru amik alih. malangnya AJK projek ni xberkenan kat aku, atas sebab2 yang tertentu. aku ni jurujual yang pemalas bagi dia. setiap masalah timbul, jurujual2 ni dibubuh bawah mikroskop dan dikaji cukup2. kata putus, jurujual incompetent!

musim belajar kembali!!!! aku pon mula lah cubaan membuat claim pegi kelas/meeting. tapi AJK projek dan manager xapprove. Wat de hel... kata AJK projek pada kuli bawah telunjuk dia (dan bukannya pada aku), "i pon belajar gak, tapi x claim.. ni dah kira personal claim. Xapprove"

"tapi before, claim approve by AJK projek n manager lama", kata kuli bawah telunjuk (terima kasih atas cubaan memberi keadilan).

"itu management lama, bawah management saya xboleh", jawab AJK projek.

Dear all, the reason i took the job was because, i was promised to be situated in KL (easier to study) and I'm able to claim IF i'm situated somewhere else..

Apakah? agenda2 memperkayakan AJK2 nih dan jurujual yang miskin ni kian tersepit. bagila bonus 3 bulan pon, AJK2 dan manager kaya berganda2 dari jurujual2 busuk nih.. 3 bulan x 10-20k++ compare 3 bulan x 2k.. u guys do the math la..

akhirnya, aku sbg jurujual imcompetent ni berkeputusan utk menurut jejak AJK projek dan manager lama.. Aku dah benci, aku dah muak.. dah la makin miskin, makin bodoh pulak tu.. doakan aku sukses dalam kerjaya..

Sekian.

2 comments:

tgfg said...

kam n join as, www.ibm.com/career..
apis pun nk chow...kene diskusi balik mana mau p..

thoyol said...

jap..

aku cuba push utk TI dulu.. If no response by today, aku push utk IBM or HP..

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody