Tuesday, September 08, 2009

Chapter 232 - Ramadhan

Salam Ramadhan to everyone.. sekali lagi kita dilawati oleh bulan yang penuh berkat ini. sesedarnya aku, dah 2 minggu kita berpuasa dan dah berminggu-minggu malah berbulan-bulan aku tak update blog ni.. sekarang ni baru terasa hati nk update blog. lagipon sebelom ni aku bukannya blogger tegar pon... sekadar blogger sosial sahaja. tapi, jenuh nak bersihkan sawang bila lama tak terusik.. orang sana sini bertanya khabar berita, menungu press conference kata mereka. press conference apa? maksud itu yang kita kena fikir2kan..

Ramadhan oh Ramadhan.. for me, ramadhan this year crept in slowly without me noticing.. maybe because the fact that i dont listen to local radio station anymore to catch the lustful whishper of the voice model for yusof taiyub kurma ads. tau2 je mak kata dah kena pegi terawih.. but i didnt resent, in fact i'm grateful for ramadhan.. bulan keberkatan, bulan berlapar dahaga disiang harinya, bulan yang sesuai utk fizikal dan spiritual cleansing.. tapi bukan semua yang memanfaatkan peluang ini dengan sepenuhnya, termasuk la aku.. ada hari dan ketika, kita terlupa. terawih tinggal, berbuka bagai tiada hari esok.. tapi nak kata bagaimana, aku ni manusia sama seperti orang2 lain yang hadir leka tanpa diundang.

Terawih. I've been carrying this leaflet given by my mother for many-many years. seingat aku dari aku sekolah rendah lagi aku bubuh keratan ni dalam wallet aku. sekali-sekala ramadhan menjengah, aku pon baca la kalau teringat.. maka ingin aku kongsi dengan semua akan fadilat solat sunat terawih dari malam 1 hingga ke 30..
  1. Keluar dosa orang mukmin seperti ia baru dilahirkan
  2. Diampunkan dosanya serta ibubapanya
  3. Berseru malaikat untuk keampunan bagi mereka yang mengerjakan sembahyang terawih
  4. Memperoleh pahala seperti pahala orang yang membaca kitab2 al-Quran, Zabur, Injil dan Taurat
  5. Dikurniakan pahala seperti sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa
  6. Seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Maamor, segala batu dan tanah mendoakan keampunan bagi mereka
  7. Seolah-olah bertemu Musa AS dan menolong beliau menentang Firaun dan Haman
  8. Dikurniakan pahala seperti seperti dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS
  9. Dikurniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah seperti Nabi Muhammad SAW
  10. Dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat
  11. Meninggal dunia keadaanya bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
  12. Datang ia pada hari kiamat dengan mukanya bercahaya
  13. Datang ia pada hari kiamat dengan keadaan aman sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan
  14. Datang malaikat menyaksikan ia sembahyang Terawih serta tiada menyesatkannya pada hari kiamat
  15. Semua malaikat berselawat dan mendoakan keampunan
  16. Allah tuliskan kelepasan neraka dan dimasukkan kedalam syurga
  17. Mendapat pahala sebanyak2 pahala Nabi
  18. Seru malaikat agar Allah reda'inya dan ibubapanya
  19. Allah tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus
  20. Dikurniakan pahala sekalian orang syahid
  21. Allah binakan istana di dalam syurga daripada Nur
  22. Tiada huru-hara dipadang masyar
  23. Dibinakan bandar di dalam syurga daripada Nur
  24. Allah kabulkan 24 hajat (elok berdoa dalam sujud)
  25. Allah angkatkan daripadanya seksa kubur
  26. Dikurniakan pahala ibadah 40 tahun
  27. Dikurniakan ketangkasan melintas sirat seperti kilat
  28. Dikurniakan 1000 darjat diakhirat
  29. Dikurniakan 1000 kali haji mabrur
  30. Penghormatan Allah kepada hambanya di syurga dengan layanan istimewa sama taraf layana kepada Nabi SAW
There's always time for everything..

No comments:

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody