Tuesday, August 25, 2015

Chapter 292 - Believe

Kenapa lah Malaysia tak boleh nak buat filem macam ni? Honestly, aku tak tengok lagi filem ni (My Idiot Brother); filem garapan negara jiran kita, Indonesia. Past two decades, kita sangat fall behind dari segi kualiti penceritaan dan sinematografi. Aku pun tak sengaja bukak YouTube yang ada autoplay feature, tau-tau dia pasang lagu ni. Dari tajuk filem ni, first impression aku rasa filem ni sangat similar dengan filem Korea lakonan Cha Tae Hyun, "Miracle of Giving Fool" yang agak bittersweet ending. Lagu Afgan ni pulak similar dengan melodi filem-filem syahdu Korea. Cuba tonton di bawah (ihsan YouTube). 



Tak salah kita ceduk Korea, they have the quality. Ni asyik pusing cerita seram, cerita rempit, cerita gangster, lepas tu cerita rempit balik, kembali semula cerita seram, lepas tu improvise sikit jadi rempit seram. Lepas ni confirm ada filem gangster seram. Lama-lama naik suriram aku dibuatnya.

"Tapi filem kita tak boleh buat aksi cumbu dan romen-romen macam Hollywood ataupun Korea", kata seorang pervert.

Tak payah jauh sangat la brader, tengok je filem Indonesia. Mereka pun bukan ada cumbu/romen ni. Penataan bunyi, sinematografi, garapan; itu resepinya. Memang la mereka pun ada hit-and-miss, tapi kalau dari 10 filem yang keluar, 6-7 daripadanya kualiti dah kira cukup bagus dari kita yang 10 filem keluar tapi 2-3 je yang kualiti.

To be fair, kita pun produce filem-filem yang baik. Gila kau tak puji industri sini, mau kawan aku yg kerja FINAS tak mengaku kawan nanti. Latest aku tengok "Manisnya Cinta di Capadoccia". Itu ada kualiti yang aku bagi 4.5/5 bintang.

Chapter 291 - Apa Kau Buta?

MAT TUDUNG?

Satu perasaan yang menyakitkan hati bila tengah flip channels, terbuka Mustika HD yang sedang tayang cerita Mat Tudung. Yes, ini cerita bukanlah cerita yang baharu, malah tak box office pun.

My only question is this, apa kau buta?

Sila lihat paparan dibawah dan bagitau apa yang anda nampak?


Jauh sebatu kau boleh nampak ni jantan pakai tudung. Macam mana plotnya hampir 2 jam filem ni, heroinnya ""one-of-the" Melrose tak boleh nampak hakikat ni? 20-20 vision yes, tapi sel-sel otak tak bergabung gamaknya.

Neil Armstrong boleh nampak ni dari bulan.

OK, while we're at this topic, masalah aku dengan drama dan filem Malaysia ni hanya satu (selain plot yang over-the-cliff mengarut), suara pelakon-pelakon macam berbisik-bisik. Aku selalu bermasalah nak dengar apa yang diperkatakan mereka ni. Seolah-olah microphone yang berbulu-bulu tu letak di belakang punggung director dan kadang-kadang lebih parah letak 13 batu jauhnya.

Sila lihat contoh dibawah di mana microphone bulu-bulu tu patut berada bila penggambaran.

Ini baru betul. Dekat dengan pelakon.
Ini pula cara-cara menemuramah ikan. Dekat kan?
Ini pula dengan beruk. Nampak tak level of professionalism tu? 

Figure bawah ni adalah tipikal shooting drama/filem kita:



Monday, July 06, 2015

Chapter 290 - Roaches

Hola,

I don't want to make this a yearly thing. I should be more active since I'm jobless now. Yes, you heard it right. Dah beberapa bulan aku tak ber'boss. Banyak suka duka tak bekerja ni. Sukanya sebab selalu dengan anak-anak. Satu nikmat yang tak terhingga dapat bersama anak-anak. Masak basuh mandi mereka, sendiri yang buat. Dukanya, korang boleh faham-faham la.

Mungkin juga aku ni demanding, sebab refuse ambil support role. Dah 4 tahun lebih aku buat support, rasa dah tepu sangat. My lowest moment bila dalam change call dgn counterparts, aku tertidur. Tengah malam bai, sejuk pulak tu, change call tu pun sekali sekala keluar suara.. memang jatuh hukum tidur la.

Tapi, desperate time calls for desperate action. Aku sekarang ni tak kisah kalau dioffer support role. As long as the pay can match my expectation. Jobstreet, Monster semua aku dah balun. Lepas ni kalau tak jalan jugak, aku letak muka Remy Ishak dalam resume aku. Baru employer terpikat paras rupa.

Cuma Linkedln je yang aku tak berapa familiar dan malas nak familiarkan. Mungkin juga lepas-lepas ni aku update akaun Linkedln aku.

Makanya, barang siapa yang baca post ni dan rasa-rasa ada opening IT kat company korang, dipersilakan PM aku. Ngee..


:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody