Manusia bukan sahaja memerlukan tempat untuk berteduh kasih, tetapi juga tempat untuk berteduh dari hujan dan panas.
Kos sara hidup yang tinggi di KL membuatkan kita rasa sesak nafas dan sesak poket. Cukuplah dengan makanan mahal, rumah pun tak mampu kita nak beli. Sekitar 4 tahun dulu, rumah PKNS di Setia Alam hanyalah sekitar RM350k. Dengan ansuran bulanan selama 35 tahun, dia perlu membayar RM1700 sebulan. Beberapa minggu lalu, aku round area situ dengan harapan SP Setia mahupun PKNS ada buat projek baru. Apakan daya, projek yang baru-baru semua dah sold out. Future development pun disasarkan untuk rumah bangalow dan linkhouse. Rumah 2nd hand di Alam Nusantara (projek PKNS) paling murah selepas aku call sana dan sini dapatlah dalam RM560k. Rumah intermediate pulak tu. 20x70 pulak tu. Phase lama pulak tu. Kalau datang dengan harapan cari rumah harga RM400k - RM500k, harap lupakanlah. Aku pun masa tu datang dengan harapan bawah RM600k. Kalau ikutkan, dah molek sangat, tapi fikir punya fikir, aku tak rasa boleh commit ansuran RM3k sebulan. Kalau nak murah, kena mula cari di luar KL. Lupakanlah Lembah Klang, tapi Lembah Beringin masih boleh lagi. Hahaha. Aku pun tak nak cari rumah yang lebih kearah selatan ni, misalnya Kajang, Bangi, Nilai, Dengkil. Walaupun dalam Google Map distant'nya sangat relevan dangan situasi aku yang kerja di Cyberjaya dan isteri aku kerja di KL. Tapi, pernahkah kau datang berkerja di KL dari arah sana? Kalau ya, semestinya tau macam mana jalan jem nak masuk ke KL. Masuk je Sungai Besi, kau dah kejang. Lagipun, aku macam tak feel nak cari rumah di sana. Tempat di sana tu macam tak masuk dengan jiwa aku.
Makanya, aku mencarilah di belah-belah sini. Kota Damansara dah mahal dan tak ada projek baru. Ara Damansara lagi lah syaitonirrajim. Denai Alam pon dah mahal. Cahaya SPK pon dah mahal. Kalau budget kurang RM800k, jangan nak sebut tinggal kat sana. So, tinggal la ceruk-ceruk sana di Puncak Alam. Itu pun aku tak berapa berkenan. Sebab jauh dan harga yang tak berbaloi dengan value. Yang tinggal hanyalah Ijok, Bernam dan Kuala Selangor yang affordable. Alhamdulillah aku dah mula mencari. Ketika ni, memang keadaan mengizinkan. Kalau disebut, 'kalau 2-3 tahun lepas aku start cari, mesti dah dapat yang murah-murah', memang la sedap, tapi hakikatnya, keadaan tak mengizinkan untuk kami cari rumah sendiri masa tu. Terfikir juga macam mana budak-budak yang fresh grad nak survive? Mungkin jawapan sementara adalah menyewa. Tapi sesudah kahwin, perancangan mesti dah lain. Ketika tu, mampu ke mereka ni nak berumah?
Salah siapa rumah mahal ni? Sebab harga tanah mahal ke? Sebab harga barang construction mahal ke? Sebab developer tamak haloba ke? Sebab investors ke?
Semua ya!
Budget 2014 yang PM bentangkan tempoh hari memberi nafas baru kepada pemilikan rumah. Biasanya yang perabihkan rumah ni adalah investors yang beli dan beli dan beli, lepas dapat kunci, gantung banner 'Untuk Dijual'. Time tu harga rumah tu dah increase >30% sebab orang sentiasa nk cari rumah. Dengan pelan untuk naikkan kadar penalti dari 5% kepada 30%, mungkin investors ni pikir 2-3 kali untuk main beli-jual sesuka hati mak bapak derang. Dengan cara ni, mungkin memberi peluang kepada mereka yang betul-betul nak beli rumah tu. Kerajaan juga nak bagi subsidi untuk developer yang buat rumah kos sederhana. Bagus begitu.
Aku pun dalam usaha mencari 'rumah' kami sendiri. InsyaAllah, kalau diperkenankan, ada lah rezeki kami.