Thursday, May 20, 2010

Chapter 245 - Nobody II

AH.. aku rasa dah xsape lagi baca blog aku. haha.. hiba tapi hakikat.. ni la akibatnya lama sangat xhupdate. tapi aku tetap gigihkan diri jua utk update ni walaupon tau xde sape yg singgah. aku pon xfofularkan blog aku dengan sengajanya.. macam ada org2 tu yg bubuh link dalam account facebook mereka.. aku xberminat ramai2 baca blog aku.. (ke x bagi tunang baca?) hehehe... papehal pon, masih wujud pembaca blog aku yg tegar. yg tegap pon ada (kipas baek punya kat Qayyum)..

Yawn~~

Ngantuknya keja mlm2 ni.. so far xde lagi malam2 yang aku keja stay-up 8 jam straight. xpernah aku rasakan aku ni bunny energizer. tak macam daus team mate aku ni.. xpernah lagi aku tengok dia tersenggok2 ataupon tertidur. aku rasa dia ada telan pil la.. hahaha.. kalau x telan pon, dia mmg steady. rookie of the year la kiranya dalam team aku ni.. eh, ke sophomore? ntah la.. tapi baru setahun masuk dah jadi shift lead. kacak kan? apa hebatnya shift lead? xde pe, keja je labih sket, cuma nama tu 'up' sket. shift lead aku yang sekarang ni kocak sket. asal tengah malam je konfem tersenggok.. sian dia.. ni pon dia bantai MC. xpela bang, u're da man! Aku pon xfaham sangat dengan konsep MC kt sini.. xsilap aku, ada 14 hari je boleh MC. tapi tgk gaya dak2 ni, sebulan 1-2 MC mesti ada..

Arghh~

Sape yg bantai melepaskan angin ni? shit la.. masuk ni dah 2 kali. aku suspect indian belakang nih. Damn! dah la xmandi, berani pulak kentut. bukan nk berniat racist, tapi mereka ni yg pure datang dari India mmg terbawa2 lifestyle dari sana; kurang mandi. Pastu gemar substitute mandi dengan perfume.. haih.. silalah faham yg Malaysia ni beriklim khatulistiwa, bukannya 4 musim.. Ada 4 musim pon kat bukit cerakah sana.. bangun tido nk pegi toilet buang air pon dah berpeluh. maka, bawak2 la mandi selalu.. kalau takut bazir shampoo kat bulu2 yang bersepah tu, cukupla sekadar shampoo bahagian2 penting spt ketiak, rambut dan kelampang. Geli lah..

Kembali ke topik asal. Bulan depan ada sorang promoted masuk level 3 setelah cukup experience point dia ala2 final fantasy tu. gaduh cakap nk resign cari company lain sbb level 3 byk keja. Hello~ statement tu sangat melemaskan aku sbb dia dah pon sain kontrak. nk komplen jangan sain la.. akibatnya, bulan depan sume activate standby sbb team short sorang. Argh.. dah la next month banyak wedding. bakal kakakipar aku pon nk kawen bulan depan.. haruslah menunjuk baik pada mertua dengan meringankan tangan menolong apa yang patut..

Shit~ Dia bantai kentut lagi.. (real time sungguh laporan ni)..

Ah, xde selera aku nk menaip.

ciao..

Thursday, May 13, 2010

Chapter 244 - Hot Hot Hot

Panas Panas Panas..

Malaysia makin hari makin panas. Badminton Malaysia pulak makin sejuk sejuk sejuk.. ini angkara kekalahan teruk Malaysia kepada China dalam Piala En Tomas kelmarin. Sungguh benci yang amat pada Lin Dan kerana kehebatannya dan mempersoalkan kenapa dia tidak dilahirkan sebagai warganegara Malaysia? Apakah nenek moyangnya xikut Puteri Hang Li Po ke Melaka awal usia Nusantara dahulu? Kalau mengikut undang2 bola sepak, Lin Dan layak dikenakan kad kuning kerana menanggalkan baju selepas menang kelmarin dan layak dikenakan kritikan yang pedas dari Nigel Lythgoe kerana tariannya tidak 'up' kepada standard penari2 dalam So You Think You Can Dance.. Tapi dalam benci, wujud perasaan kagum kepada flair, charisma dan kesombongan beliau dalam sukan ni. Suka aku cakap yg sehebat2 Lee Chong Wei Datuk Lee Chong Wei (DLCW), dia tidak memiliki sifat2 mahmudah dan mazmumah yang disebut tadi. Lin Dan yang dikenali sebagai 'Bad Boy' atau budak jahat mmg sombong dan berlagak. Tapi lagak itu yang flare up the confident to beat the crap out of his opponent. DLCW terlalu melayu bagi mata sepetnya itu.. dia terlalu baik hati dan jenis lelaki yang memberi sedekah pada setiap peminta sedekah bila mana dia berjalan2 di Jalan Tunku Abdul Rahman, tidak kiralah orang itu OKU ke, orang jual kerepek ke, peminta sedekah baik untuk pembinaan tokong mahupon pembinaan masjid di selatan Thailand.. Sebaliknya, Lin Dan pula jenis yang tidak akan memperdulikan minta2 itu malah dia akan lalu-dan-langgar bahu peminta sedekah itu lantas menanggalkan bajunya dan buat snake dance sbgai 'in-your-face' dance. DLCW, ko kena lebih jahat.

Datuk Misbun Sidek, sila basuh pemain badminton nombor 1 kita ni supaya dia kalau tak sama jahat dengan Lin Dan, dia LEBIH jahat dari itu.. dan perkenalkan sebuah module khas dalam latihan badminton anda, iaitu 'Smash to your opponent's face'. Latihan ini memberatkan kepada ketepatan ketika membuat smash untuk hinggap di muka pihak lawan. Baru puas hati pemain dan penonton seperti aku ni.. hahaha..

Markah penuh utk penonton yang meniupkan kata2 semangat kepada shuttlers kita. Kalah menang pon mereka sorak. Namun tercemar sedikit bila insiden penonton menunjuk finger kepada pemain double ke-2 kita. Kamon lah.. mmg xpatut pon mereka kalah kepada jepun yang rankingnya entah keberapa, tapi support la pemain2 kita andai mereka bermain tahap taska sekalipon. tapi tabik kerana betapa hanginnya penonton, mereka masih lagi tidak mencecah tahap penonton kelantan yang gemar membakar kerusi sbg tanda tidak puas hati. Kepada penonton kelantan, korang yang belum tentu failkan LHDN dan membayar cukai jangan nk suka2 bakar harta awam hasil cukai orang2 macam aku ni.. Tapi yang bestnya, bila Malaysia terkandas baik dalam piala en Tomas ataupon piala Pn Uber, stadium terus kosong walaupon match final. bila tengok TV tu rasa macam tgh tengok tournament kelas C dan D. ZzzZZzZZzZ..

Secara keseluruhan, skuad badminton kita masih layu. Jepun dah mula menapak dalam sukan ini. Korea Selatan pon dah semakin hebat. Padahal, Malaysia pernah digeruni suatu ketika dahulu, tapi sekarang ni penat kita nk gerun kat orang lain pulak. Jap, sukan ape je yang orang xgerun kat kita dulu? Bola dulu kita mmg hebat, badminton pon sama, hoki pon sama.. tapi kini? Regardless, make sure we are striving for number 1. Biasa la, walaupon shuttle cock tu xbulat macam bola, tapi perumpaannya tetap sama.. "bola itu bulat".

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody