Oh Ramadhan.... it's nearly its end. Next year dah x sambut Ramadhan ngan housemates + coursemates (InsyaAlah...harap x sangkut). So, ada sikit sentimental value. Malas nak sayu lebih2, karang kawan cakap aku ni muka rock, tapi hati sayu. Cuma Ramadhan ni aku terasa kurang lak pengisian bagi diri ini. Terawih makin kurang.... solat wajib tu pon struggle nak wajibkan. Alhamdulillah, pose penuh (<- sesedar aku la... x tau la kalau ada yg x diterimaNya). So, that's the only thing that I regret.
Syawal makin lama makin kurang sengat. Thn ni mungkin xtra utk abang aku yang ada anak baru. Syawal pertama budak tuh. Tapi bagi aku, it's just like another day. Kalau masa kecik2 dulu heboh nak beli baju raya. Wajib sekurang2nya ada 2 pasang baju. Skrg ni dah x heran. Mungkin bila dah kena pakai duit sendri ni, tangan makin berat nak seluk poket. Nasib baik sebelom Ramadhan aritu aku dah tempah baju melayu. Kain orang bagi masa besday aku. Tengok tu... kain pon free, bayar duit jahit je (<-- tu pon pakai duit mak aku). Keh keh keh.....
Arini, hari Jumaat. Selasa depan dah nak raya. kat umah ni pon tinggal aku ngan sorang nih. Kawan lain semua dah balik kampung. X tahan dengar lagu dendang perantau, terus nak balik kampung halaman. Aku lak yang umah dekat ni masih x heran nak balik. Sok mungkin.... ye la... sok aku balik sbb dah janji nak amik adik aku kat UPM. Aku dok risau ngan keadaan traffic. Kawan aku yang baru dtg dari KL kata orang dok jakun nak keluar Shah Alam. Pegi mana x tau la... mungkin balik kampung, mungkin juga pegi Mega Sale kat KL. Ye la, Shah Alam ni apa ada?? Selain taman dan tasik, mmg boleh kejang otak kalau nak dipikirkan.....
So, dengar penyampai berita kata tadi, expect the worst for tomorrow. So, aku pon optimis yang orang Mesia ni beku otak dan pikir yang lebih baik derang keluar malam ni atau hari Ahad, daripada keluar sok. Dan aku pon bleh memandu tanpa stress yang berlebihan. Buat menyemak jalan je derang ni. One thing, sok Deepavali. Aiyoyo!!! dah la umah aku kira close distance ngan holy place diorang. Lalu Sentul konfem x lepas. Weh, kubu kuat diorang tu. Mau kalu aku lalu sok tersangkut dalam kesesakan yang sangat2 teruk. Tak pasal2 aku amik besi kavadi tu dan menikam diri sendri kerana terlalu tension. Mintak2 dijauhkan..... Aku tadi wish selamat Deepavali kat owner rumah sewa nih. Dia ngan baik hati reply, "My family and I wish you selamat Hari Raya, You are a nice boy ~ therefore I'm giving you 2 months free of rent. Amma". kah kah kah.... 2 months free? celah mana dia nak kasi? Celah bedah? (<-- ayat Ah Seng). Xde la.... dia just ckp selamat hari raya. Nasib baik dia x jemput dtg umah, tidaknya aku datang makan marukku je. Ye la, nak makan yang lain2 takut xde pengesahan JAKIM, tapi kalau dah lapar tu bedal je la, ye tak?. So, dikesempatan ini aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. Maaf kalau tersalah sebut dan perbuatan. Halal makan dan minum.
3 comments:
SelamatHAri Raya!! Maaf zahir batin!
Selamat hari raya 2 u tooo
salam aidilfitri, maaf zahir dan batin :)
Post a Comment