Monday, March 21, 2011

Chapter 257 - Fly Me to the Moon

Haih.. Lambat lagi ke 25 mac 2011 nih? Ada apa dengan 25 Mac? Itulah honeymoon aku yang tertangguh sekian lama. Dah xde maknanya honeymoon. kekeke..

Pergi mana? S-O-U-T-H-K-O-R-E-A. Yeszaa...

Anyonghaseyo people in Seoul!

Aku dah plan dari Ogos lepas. Alhamdulillah, dapat tiket murah. Itupon selepas bersekang mata depan laptop, tunggu network traffic reda sket, baru dapat masuk dengan aman. Pada asalnya aku nak amik trip dalam bulan April. Xkesah la berapa haribulan April. Tapi sebab wife aku punya colleague dah plan nk pegi Macau untuk berjudi bulan April tu, so saje je la aku amik hujung2 March tatkala cuaca masih lagi dingin dan bunga mula berkembang. Ye lah, keja tu nk kena ada at least sorang in charge. Kalau dua2 xde, tunggang terbalik la tempat kerja tu. Alih2 colleague wife aku dah transfer pejabat dan ganti dengan orang lain a.k.a Bitchy Kim (Cerita tu akan menyusul nanti). Macam haram. Kalau pegi April, at least bunga dah keluar. Last time aku ke Beijing awal2 April, bunga segan2 je nak keluar. So aku risau kalau aku pergi ni nanti, bunga x keluar lagi.. Apa boleh buat..? Sekadar mengharap nasib yang baik nnt.

Nape x pilih autumn? Sebab masa tempah tiket tu aku dah gersang, xtahan nk tunggu sampai Sept utk honeymoon. kekeke. Xkose aku nk tunggu setahun lebih utk pegi jalan2. Duit tiket dah abih bayar, tapi lambat lagi nk terbang. Xyah nk feeling2 winter sonata kat sana, pegi je la musim Spring.

Total return ticket untuk seorang hanya RM441 sahaja (inclusive insurance, pick a seat, pick a nose, meal, luggage dan segala hidden terms & regulations dari UdaraAsia yang aku main check saje). 6 malam dan 6 hari. What make things easier is the information about korea. Just type 'visit korea' dalam google, korang akan stumble dengan website travel korea. Sangat Awesome! Semua info ada. Dari travel location, info on weather, food, culture, suggested itineraries, cara2 nak pergi ke satu2 lokasi, theme on travel, accommodation info.. pendek kata sangat2 lengkap.

Selepas diperkenalkan dengan Agoda.com, aku dah book tempat tinggal dari malam pertama sampai malam terakhir. Cuma ada satu malam tu aku dan wife akan tinggal di Nami Island a.k.a Pulau Winter Sonata. Hotel tu x di listkan dalam Agoda, so kena book secara email. Sekarang ni aku baru selesai draft trip yang sangat loose tapi dalam masa yang sama agak padat. Hopefully aku dan wife berjaya catch up dengan tentatif tu nanti. Do not underestimate the city of Seoul. Kawasan yg berbukit dan subway atas dan bawah tanah; sememangnya banyak tangga untuk dipanjat. Kasut kena sedap, badan kena fit sket. Itu pesan kawan aku yg dah ada kat sana.

Sekarang ni ETA dalam 4 hari lagi. Winter apparel x beli lagi. Kenapa winter apparel? Sebab aku dan wife xtahan sejuk. Cuaca range dari 0 < x < 12 celcius. Amacam? Ada beran? XDE!! Lagi perkara dalam senarai aku adalah power adapter, transformer, travel pack (yang ada bantal leher + sleeping patch) dan stoking yg mencukupi.

Petang tadi baru je convert duit. Xberani nk tunggu rate turun, sbb maybe rate akan naik lagi sebab akan byk pelancong masuk akibat divert dari pergi ke Jepun. As per today, the rate is W1000 = RM2.82.

Haih.. Meh kita Fly to Seoul. Boom boom Yeah..

1 comment:

Azfar A said...

book gak ko ek pakai agoda....kekeke...aku lupe nk bg tau ko website laen yg blh wat booking gak...www.booking.com & www.asiarooms.com ...advantage booking.com ko leh cancel booking sbb payment wat mase ko check-in kat hotel tu nnt...juz FYI utk future travel...

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody