Tuesday, July 23, 2013

Chapter 280 - Ramadhan Mubarak

Wishes all Ramadan Al-Mubarak. Selamat berpuasa semua.

I'll leave my special project update for now to give way to my Ramadan special. Special la sangat.. Alhamdulillah, sekali lagi Allah izinkan aku dan keluarga untuk bertemu dengan Ramadan. Might be a small deal to everybody, but it is something more than fasting, month of bless and forgiveness, and deeds. Ramadan tahun ni Fahim berumur 1 tahun 8 bulan. Challenging age for any parent. Anak dah ada kaki ni memang tak duduk diam. Umur sebegini anak dah pandai mengekspresi isi hatinya yang biasanya opposite dengan apa yang ibu bapa hendakkan. Tapi itulah asam garam parenting. Syukur, Ramadan ni aku sambut dengan anak dan isteri tersayang. Doanya kami akan ketemu banyak lagi Ramadan.

Comes Ramadan, I will always remembered my old friend, Asif Zaman. Arwah dah dia ni. Kami bukannya kawan dari kecil, sekadar kenal hampir 3 tahun belajar di sekolah menengah sebelum aku sambung belajar ke asrama penuh. Arwah meninggal di Jalan Pahang akibat kemalangan jalanraya. Walau pada mula aku kenal dia sebagai budak nakal sekolah, tapi agaknya dia seronok berkawan dengan geng-geng aku, dia sedikit sebanyak berubah dalam 3 tahun tu. Dalam nakal tu, antara sifatnya yang aku boleh describe adalah setiakawan. Banyak ceritanya, tapi biarlah aku simpan. Entah kenapa, mesti teringatkan arwah bila Ramadan. Bila teringat, aku rasa bersyukur sebab Allah masih izinkan aku berjumpa dengan bulan yang mulia ni. Tapi arwah tak ada rezeki sedemikian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Setiap kali lalu di Jalan Pahang tu, teringatkan arwah. Al-Fatihah saja yang ku sedekahkan.

Bila dah berkeluarga ni, hati ni dah tak berapa hard rock. Things that I didn't give a shit, do matters now. Mungkin aku melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Harapan aku semua saudara dan sahabat dapat menyambut Syawal nanti dengan gembira. Bukannya apa, menjelang Raya ni banyak sangat kejadian yang kita tak ingin. Berhati-hati dalam memandu. Kita tak mahu tengok permandangan seorang ibu, ayah, adik, abang, kawan mencangkum tepi jenazah di tengah jalan raya. Menangis, meratap atau membaca surah Yassin. Nauzubillah, mintak-mintak ianya dijauhkan.

Terbaru ni kejadian anak 2 tahun meninggal setelah ditinggalkan di dalam kereta. Enough said, aku tak boleh nak ulas. Tak ada hari yang aku tak teringatkan perkara tu. Dari perspektif ibu-bapanya, mahupun kanak-kanak malang tu. Sebab aku ada anak yang sebayanya, setiap kali terbayang, aku doa agar kejadian sedemikian tak menimpa keluarga aku mahupun sesiapa saja. We can judge the mother, but we need to put ourselves in her shoes too. Share your pity and forgiveness, as for the mother, she'll feel not enough forgiveness and regret in this world to atone her carelessness. Kita kalau geram-geram sampai cubit anak pon cukup menyesal lepas 2-3 minit kemudian teringatkan cubit tu, apatah lagi bila kita ni yang menyebabkan sesuatu yang lebih buruk berlaku pada anak kita. Nauzubillah.

Be safe, give loves. 

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody