Tuesday, February 02, 2010

Chapter 241 - Grin

"We would appreciate if you could return all assets that belong to the Company before your last day.."
Tau lah aku.. macamlah aku nk sangat Dell Inspiron 1420 berkelajuan 2.00 GHz dan berbekalkan RAM 2GB yang mengoperasikan Windows 7 tu... T_T


Memang aku nak pon.... huhuhu... kijam... bagilah kat aku mende ni sebagai parting gift.. akan aku jaga dan tatang laptop ni seperti laptop aku sendiri..

(Sila abaikan meja bersepah ni, kerana selaku CEO, meja penjawat seperti kami mmg xpernah kemas..)

Enough, mari bercerita tentang bende lain.. 2 minggu yang lepas, aku dan rakan2 bangun awal2 pagi (walaupon sorang je yang gagal untuk bangun.. ye ammar.. andalah orang itu.. hahaha). Semua ini dilakukan untuk pergi ke bukit broga.. tapi, apa yang ada di bukit broga? awal manakah yang kitorang maksudkan?

Aku sendiri pon xpernah dengar tentang bukit broga ataupon lebih sedap bila dipanggil broga hill jika dialihkan bahasa. Tidak lah macam Teluk Mok Nik, Terengganu yang mana bila dialihbahasa menjadi Monica Bay.. XNAK KALAH HENGKAU... bukit broga merupakan sebuah bukit (of koss) yang menjadi sempadan bagi negeri Selangor (Semenyih) dan juga Negri 9 (Lenggeng). Kalau anda baca dari encik wiki, nama broga ni derived daripada makhluk mistik bernama Buragas. Ciri2 makhluk ni tidaklah diterangkan dengan terperinci samada ianya berkaki dua, empat, lapan ataupon tiada kaki langsung. Jadi kalau author page wiki tu kencing aku, maknanya hancinglah korang skali.. skrg ni pon dah bau hamis sikit..

Access ke Bukit broga ni melalui Pekan Semenyih, kalau nk senang, carilah University of Nottingham Malaysia sbb 4-5 km dari Uni tu dah sampai kaki bukit broga.. walaupon aku xpernah dengar akan perihal bukit broga, tapi tmpt ni quite famous. semua yang datang pon local tourist yang nk tengok sunrise.
Maka, En. Organizer, saudara Ammar telah menghantar message pada pkl 12 tgh malam suruh bawak torchlight la.. tuala la.. jajan la.. baju extra la.. pad wanita la.. dan sebagainya. pesannya lagi, berkumpul di Masjid Semenyih pukul 5 pagi. Solat subuh berjamaah (Alhamdulillah) dan terus shoot naik bukit broga.. dia sangkakan gelap hingga ke subuh, tapi rupa2nya terang di tengah pagi..

Aku kluar umah pkl 3 pagi lagi sebab nk amik hafiz di bandar Utama. walaupon menongkah arus, tapi aku cekalkan diri dengan harapan agar sinar sunrise dapat memberi dia semangat untuk gigih mencari kerja baru. jangan la asyik terkangkang depan LCD 32 inci ko sambil main PS3. Lepas tu pergi ke rumah Ema di Taman melati pkl 3.30 pagi sebab nk ambik Ema dan Feisal. WAIT!! Apakah motif Feisal berada dirumah Ema pagi2 buta? adakah ko stalker tegar Ema, Feisal? jawab!! Anyway, aku disuruh Ammar untuk mendoakan kebahagian mereka.. apakah maksud ko ammar? Ema pulak bawak adiknya yang lebih mudah dikenali dengan panggilan 'baby'. 'Baby, hit me one more time.. hehehe.. So, kami naik dua kereta sbb sah2 xmuat. lepas ni nk amik Joe plak. Joe suruh kami amik dekat Petronas Tesco Ampang. Joe macam biasa, sgt skema dengan arahan2 ammar. ammar suruh dia bawak apa, semua dia bawak.. semuanya berjalan dengan lancar. namun, kami gagal menghubungi ammar. something fishy here...

Masjid Semenyih, 0600 hours.. Ammar masih gagal dihubungi. Kami decide, the show must go on. Solat subuh berjemaah, dan terus menuju ke Broga Hill.. sunrise expected at 0728 (Syuruk), dan dengarnya memanjat bukit broga bukannya seminit dua. Supposely kalau nk perfect tgk sunrise, pkl 0645 dah seelok2nya ada kat atas broga, tapi kami berjemaah dulu agar pendakian kami mendapat keredaanNya.. Bagus kan? kurang pahala aku riak kat sini. jangan percaya bulat2 GPS anda, sbb GPS anda tak tahu yang anda nak naik bukit broga. Google map aku hampir membawa aku pusing ke Negri 9. Shame on you, GMap on Omnia. Korang boleh tau yang korang dah menghampiri bukit broga bila bersepah2 kereta parking kat luar ladang kelapa sawit. maka carilah tempat parking dan jalanlah ikut the flow.. kalau xjumpa entry point, carilah ladang arnab sbb jalan masuk dia betul2 depan ladang arnab. pendakian yang mild challenging boleh dinaiki oleh sesape saje xmengira usia. enough with words, layan je gambar2 nih..

Kelat je muka.. "bagaimana kami hendak memanjat bukit broga tanpa Ammar?", tangis Ema

Anda tentu tak mahu abang ni jadi credit controller korang.. tapi garang pada rupa, hatinye baik

Catching sunrise

Cun jugak gambar ni.. tangkap pakai Omnia je.. xyah SLR2 semua tu.. ataupon kesan kehandalan fotografer?

Simply breathtaking
Mcm set utk TLOR..

Mcm set utk braveheart pon ada..

Come back with words. Ketika memanjat puncak kedua lah saudara Ammar call aku.. silap la.. Kami dah tau sejak di kaki bukit lagi yang kami xkan bagi chance kat ko.. lihat saje komen2 di fesbuk..
Saudara hafiz yang secara nature'nye mengayuh basikal sejauh 2 km ke tempat kerja tampak kurang fit dan tercicir jauh kebelakang. boleh dikatakan prestasi yang hambar. sepatutnya hafiz, secara matematiknya, ko patut dah sampai puncak broga tu pastu turun balik sebanyak 3-4 kali baru la kami sampai di puncak tu.. ala-ala Mohd Noor Mat Amin tu.. tapi tepukan untuk hafiz, berdikit-dikit dia panjat bukit tu sampai la jumpa kami kat salah satu puncak..
Rata-ratanya, byk pengunjung berbangsa cina.. aku fikirkan kalau korang nk sedikit privasi memanjat bukit broga, panjatlah masa Tahun Baru Cina nnt.. Dan ada beberapa pengunjung membawa anjing peliharaan naik sama.. lebih menyukarkan lagi ada kawan2 aku yang sangat trauma ngan anjing. aku tau aritu, aku bawak je gajah peliharaan aku sama..


Alhamdulillah.. selamat kami naik, selamat kami turun.. rata-rata ramai yang nk buat lagi panjat bukit broga ni.. terutama orang yang mencadangkan aktiviti ni, Cik Faiza yang last2 xjoin sama.. kerja katanya.. sebok menguruskan perniagaan beras herba poni taj mahal dia agaknya..

Aktivitas ni mmg aku galakkan.. permandangan cantik.. letih tu ada la sikit, tapi berbaloi2..

1 comment:

tgfg said...

hahaha..at least ok apa korang sampai atas..bagi chance jer kat korang..kang aku g x larat korang kejar aku..

:: G Talk ::

:: ViD bOx ::


Wonderboy? - Nobody